TENTANG KAMI

Siapakah Kami?

Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.

Bermula sebagai sebuah syarikat kecil seramai 3 orang kakitangan, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah berkembang maju dan telah membuka peluang pekerjaan dengan penubuhan cawangan kami di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Sarawak.

Amat berpengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah mengendalikan kurang lebih 30,000 jemaah sehingga kini. Jumlah ini bertambah dari hari ke hari. Kami menggunakan khidmat pembimbing umrah dan haji bertauliah lagi berpengalaman bagi menyantuni Jemaah umrah kami sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah umrah.

Selain daripada pengurusan umrah kami juga berpengalaman membawa pelancong mengembara secara individu mahupun berkumpulan ke luar negara Sepanyol, Jepun, Korea, Indonesia, Turkey, Vietnam, China dan lain-lain. Juara Travel & Tours Sdn Bhd mempunyai kakitangan yang cekap dan pakar dalam bidang tugas masing-masing. Kepakaran perunding kami memudahkan tetamu kami memilih itinerari penerbangan dan destinasi percutian mereka.

Kenapa Juara Travel?

Berpengalaman lebih 17 tahun dan mempunyai pelbagai perkhidmatan yang disediakan membuat ramai pelanggan memilih kami, dibawah adalah antara perkhidmatan yang kami sediakan.

  • Pakej Umrah, Ziarah dan Haji.
  • Tempahan tiket Waran Perjalanan udara Kerajaan.
  • Tempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri.
  • Pakej pelancongan berkonsepkan Islam dalam & luar negara.
  • Pakej lawatan sambil belajar.
  • Pengurusan VISA.
  • Tempahan pengangkutan dalam dan luar negara.
  • Tempahan hotel dalam dan luar negara.
  • Wakil syarikat di lapangan terbang
  • Akademi Mutawif (Pembimbing Umrah).
  • Kursus bimbingan umrah percuma.

Matlamat

  • Menyantuni jemaah umrah, ziarah dan haji menunaikan ibadah dengan sempurna.
  • Menjadi perunding profesional pengembaraan, percutian dalam dan luar negara.
  • Menyediakan pakej pelancongan mampu milik dan santai
  • Memberi pengalaman menarik dan perkongsian ilmu semasa pengembaraan

Misi Kami

  • Mengatur dan menguruskan segala perkhidmatan dari segi perjalanan peribadi dan berkumpulan
  • Memastikan pakej-pakej yang ditawarkan adalah berpatutan dan menarik minat ramai pelancong dalam dan luar negara.