10 Alasan Mengapa Setiap Muslim Wajib Traveling

10 Alasan Mengapa Setiap Muslim Wajib Traveling

09/06/2018 0 By admins

Traveling memiliki banyak sekali manfaat jika dilakukan dengan niat dan tujuan yang baik.

Pekerjaan yang sibuk, tiada waktu untuk bersama yang tersayang, tidak mempunyai  bajet yang banyak, harus mengurus keperluan anak, mempunyai pelbagai aktiviti harian yang harus diselesaikan dan puluhan alasan lainnya. Ini selalu saja membuat anda semua berpikir dua kali untuk melakukan aktiviti pelancongan. Mulakan sebuah perjalanan yang jauh untuk menjelajah kota lain atau mungkin melihat dunia lain yang penuh dengan keindahan.

Melancong memiliki banyak sekali manfaat jika dilakukan dengan niat dan tujuan yang baik. Disini kami berikan kepada anda semua 10 manfaat melancong bagi pelancong muslim yang ingin melihat dunia luar !

 

1. Menyedari bahawa wang bukanlah segalanya

Semakin anda kerap melihat keindahan dunia luar  , semakin anda akan berasa bahawa wang bukanlah benda yang berharga kecuali hanya sebuah kertas tukar yang tidak memiliki nilai intrinsik. Melancong  akan selalu menjadi peringatan bahawa kita tidak boleh terlalu merasa memiliki, kerana semua kekayaan kita adalah milik Allah.

 

2. Mendapat banyak inspirasi 

Melancong merupakan perjalanan yang berbeza dari rutin harian. Dengan melancong, kamu boleh melakukan kegiatan yang biasanya tidak boleh dilakukan. Selain itu, dengan melancong juga boleh membangkitkan rasa ingin tahu dan memberikan idea-idea baru serta inspirasi untuk mengambil keputusan. Dan yang paling penting, melancong dapat membuka matamu untuk melihat dunia dengan lebih nyata. Pelajaran yang tidak akan dapat  dari sekolah atau di mana-mana sekalipun.

 

3. Saksi penderitaan umat Islam

Perjalanan akan membuatmu sentiasa bersyukur. Bersyukur kerana telah diberikan tempat tinggal, keselesaan dan juga kesihatan fizik. Banyak muslim yang ada di  dunia lain tidak dapat merasakan nikmat Allah yang satu itu. Seperti umat muslim yang tinggal di negara termiskin di dunia dengan pendapatan kurang dari 1 dolar per hari.

 

4. Pelajaran hidup

Ketika anda melakukan aktiviti melancong, anda akan meninggalkan rumah, kereta, pekerjaan dan hanya membawa barang-barang penting di dalam beg kecil. Tanpa anda sedari, melancong adalah perjalanan ” metafora” dari akhirat. Setelah kamu meninggal dunia, kamu akan meninggalkan segalanya, rumah, kereta, pekerjaan dan hanya membawa amal kebaikan.

 

5. Dapat mengabulkan doa

Doa seorang musafir yang sedang dalam perjalanan tidak pernah ditolak oleh Allah SWT. Allah sangat menyukai apabila hamba-Nya memohon pertolongan dan Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya yang terus meminta. Disini kami sertakan faktor utama doa itu dimakbulkan.

  • hati tidak lalai ketika berdoa,bermaksud ketika berdoa orang yang berdoa itu benar-benar menghayati setiap doa yang diucapkannya.
  • benar-benar mengharapkan. Bermaksud ia berdoa dalam keadaan dia benar-benar mengharapkan atau memerlukan apa yang didoakannya.
  • meletakkan pengharapan dan keyakinanan yang tinggi di dalam hatinya bahawa doanya akan dimakbulkan oleh Allah.

 

6. Sebagai saksi kebesaran Islam

Hampir di seluruh dunia terdapat bukti sejarah Islam yang menakjubkan, seperti universiti tertua yang didirikan oleh seorang wanita muslim hingga masjid pertama dan terbesar di China. Melalui sebuah perjalanan, kamu menjadi seorang saksi atas bukti sejarah kebesaran Islam di dunia.

 

7. Saksi keindahan bumi

Sebahagian dari kita terjebak dalam kehidupan kota yang membosankan tanpa pernah menikmati nikmat yang Allah berikan. Luasnya lautan, sejuknya suasana pergunungan, indahnya bintang di langit, sampai keindahan luar biasa matahari tenggelam. Sekarang saatnya menikmati keindahan pemandangan tersebut sambil menyebut syukur kepada Allah SWT, Masya Allah.

 

8. Menjadi ‘duta Islam’

Ketika anda melakukan perjalanan, terutama ke negara dengan majoriti non-muslim, anda akan mewakili agama dan cara hidup seorang muslim di negara kunjungan kamu. Seorang pemuda dari Peru pernah mengatakan bahawa umat muslim adalah orang-orang yang memiliki iman yang kuat dan keperibadian yang santun.

 

9. Melawan rasa takut

Banyak yang berasa takut pada perkara yang tidak perlu ditakutkan. Melancong dapat membantu anda mengatasi rasa takut dengan cara keluar dari zon nyaman seharian. Mulailah hidup yang baru dan tinggalkan rasa takut sambil menikmati keindahan dunia.

 

10. Bertemu dengan saudara sesama muslim dan menjadi teman dalam membuat kebaikan

Seperti yang dijelaskan dalam firman Allah SWT bahawa manusia diciptakan dalam berbagai macam bangsa dan suku. Maka dari itu, saling berkenalan dan bersilaturrahimlah satu sama lain.

 

Allah berfirman dalam Alquran:

” Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, serta menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling takwa. Sesunggguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(QS al-Hujurat [49]: 13).

 

Terkadang kita terjebak dengan rutin harian tanpa menyedari, dengan melancong anda mampu menjadi peribadi yang lebih baik lagi, kita juga dapat mengenal saudara sesama muslim kita lebih banyak lagi. Dan yang terpenting kita harus sedar bahawa nikmat Allah SWT memang sudah sepatutnya untuk selalu disyukuri.