TIPS PENJAGAAN SUARA KETIKA HAJI DAN UMRAH

TIPS PENJAGAAN SUARA KETIKA HAJI DAN UMRAH

09/03/2018 0 By admins

-Tips ini bertujuan untuk mengurangkan risiko masalah suara (kekal serak, perubahan kualiti suara, tiada suara) dalam kalangan para jemaah haji atau umrah ketika di Mekah dan Madinah dan selepas kembali ke tanah air.

 

1. Para jemaah dinasihatkan memperbanyakkan meminum air dan kekal hidrat. Badan dan tekak yang kering boleh menyebabkan keradangan pada peti suara dan mengakibatkan sakit tekak, perubahan suara dan seterusnya menggalakkan jangkitan dan demam. Minum air panas adalah ubat semulajadi yang sangat baik untuk selsema, batuk dan sakit tekak. Ia melarut kahak dan juga membantu untuk mengeluarkannya dari saluran pernafasan anda. Oleh itu, ia boleh memberikan kelegaan daripada sakit tekak membersihkan hidung dari tersumbat.

 

2. Pastikan air diminum setiap 10-30 minit untuk mengekalkan kelembapan tekak dan mulut agar tidak kering ketika bertalbiah. Air panas hebat untuk membantu badan anda untuk detox. Apabila anda minum air panas, suhu badan anda mula meningkat, yang menyebabkan anda mula berpeluh. Perpeluhan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan. 

 

3. Kurangkan bercakap dengan nada yang tinggi atau menjerit terutamanya di dalam keadaan yang bising. Ini kerana disebabkan suhu persekitaran dan juga suhu badan jemaah. Kita perlu kawal semua perkataan yang keluar dari mulut kita, di fikiran kita, di hati kita. Biar positif sentiasa supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif dan dijumpakan dengan orang-orang positif yang banyak membantu kita memburu kejayaan dalam ibadah kita.

 

4. Para jemaah dinasihatkan untuk kurangkan bercakap (rehatkan suara), gunakan isyarat dan berbual pada jarak yang dekat atau secara bersemuka jika sakit tekak dan suara sudah mulai serak. Ini adalah satu cara untuk kita mengurangkan penggunaan suara dengan menggunakan bahasa isyarat.

 

5. Apabila para jemaah mengalami sakit tekak/tekak kering dan suara mulai serak, elakkan daripada menggunakan suara berbisik atau berdehem dan batuk yang kuat. Ini kerana ia boleh menyebabkan anak tekak menjadi lebih kering, memberi tekanan kepada peti suara dan suara akan serak berpanjangan.

 

6. Pemakaian topeng mulut/ hidung amat digalakkan untuk mengelakkan dari habuk dan jangkitan daripada orang lain melalui udara. Di negara arab suhunya agak berbeza dengan Malaysia oleh kerana itu situasi dan persekitaran agak kering dan berdebu. Sekiranya anda ingin kepastian mengenai situasi disana boleh bertanyakan dengan jemaah-jemaah yang menunaikan umrah disana ataupun ejen pengendali umrah.

 

7. Elakkan merokok. Merokok boleh menyebabkan tekak menjadi kering dan meningkatkan risiko jangkitan sakit tekak kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Perokok bukan sahaja di tanah suci malah di seluruh dunia ada perokok tegar. Saranan kami kepada anda perokok tegar, jangan merokok di tanah suci kerana tidak sesuai dengan situasi dan persekitarannya.

 

8. Pastikan kebersihan mulut terutamanya selepas makan. Mulut yang tidak bersih mudah dijangkiti bakteria dan boleh menganggu kesihatan peti suara malah ia boleh menyebabkan kerosakan pada gigi kita dan kesannya kita tidak dapat melakukan umrah dengan sempurna seperti jemaah-jemaah lain.

 

9. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, masam, berlemak dan berminyak. Makanan seperti ini boleh menyebabkan berlakunya refluks asid dan meningkatkan risiko sakit tekak dan tekak tidak selesa. Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung. Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.

 

10. Untuk elakkan dari refluks asid atau pedih ulu hati, pastikan anda tidak mengambil makanan berat 3 jam sebelum tidur. Sekiranya perlu pakai pakaian yang longgar dan tinggikan bantal semasa tidur. Pemakanan harian dikatakan sumber utama kepada masalah asid dan ia sering dikaitkan oleh kandungan asid dalam sumber makanan.

 

11. Kurangkan minum kopi, teh, air berkafein dan air bikarbonat. Jenis-jenis minuman ini boleh menyebabkan tekak cepat kering dan boleh menyebabkan sakit jantung, sakit tulang belakang, pencernaan, dan gangguan kepada kesihatan janin. Jadi kepada anda yang ingin menunaikan umrah kami galakkan supaya anda mengurang minuman-minuman yang berkafein dan berkarbonat.

 

Semoga tips ini dapat dimanfaatkan oleh para jemaah haji dan umrah, insyaAllah.