Teratak di Bumi Jordan

Teratak di Bumi Jordan

08/29/2018 0 By admins

Pengenalan Negara Jordan

Negara Jordan secara rasmi dikenali juga sebagai Hashemite Kingdom of Jordan dan juga sebagai JK (panggilan ringkas untuk Jordan The Kingdom), ialah sebuah negara yang terletak Tebing Barat Sungai Jordan di Asia Barat. Ia dipisahkan dengan Arab Saudi di tenggara, Iraq di timur, Syria di utara dan Tebing Barat dan Israel di barat serta berkongsi kawalan Laut Mati. Di negara Jordan terdapat satu-satunya pelabuhan yang berada di kawasan hujung selatannya di Gulf of Aqaba yang dikongsi dengan Israel, Mesir , dan Arab Saudi. Kebanyakan daripada negara Jordan diliputi oleh Gurun Arab. Bagaimanapun bahagian barat laut negara Jordan adalah sebahagian Fertile Crescent.

Hashemite Kingdom of Jordan ialah sebuah negara raja berperlembagaan dengan kerajaan perwakilan. Raja yang memerintah ialah ketua pegawai dan panglima besar pasukan bersenjata. Kuasa eksekutif raja dijalankan atau diarahkan melalui/kepada Perdana Menteri dan Council of Ministers, atau kabinet. Kabinet dipilih secara demokrasiHouse of Deputies yang mana, bersama dengan House of Notables (Senat), menjadikan cabang perundangan kerajaan. Badan kehakiman pula adalah satu cawangan bebas kerajaan.

Ibu kota Jordan ialah Amman. Bahasa rasminya adalah arab. Negara Jordan mempunyai keluasan 92,300 km persegi. Jumlah penduduk mengikut anggaran bancian pada 2010 adalah seramai 6,407,085 orang. Negara ini merdeka ( daripada jajahan British ) pada 25 Mei 1946. Matawang yang digunakan adalah Jordanian Dinar. Raja Jordan pada masakini ialah Abdullah II of Jordan dan Perdana Menteri ialah Marouf al-Bakhit.

 

Syam, Jordan

Berbicara tentang Syam, tiada habisnya. Negeri yang mengalami pencerahan peradaban yang maju dan moden pada zamannya. Negeri dimana rasul-rasul banyak berdomisili. Syam menjadi ikon peradaban yang moden. Peninggalan-peninggalan kebudayaan mencerminkan kemajuan manusia pada zaman itu. Banyak peninggalan yang mencipta sejarah dunia seperti 6 buah kota rom, laut mati dan sebagainya. Kepada pengunjung yang ingin menjejak kaki ke Jordan disarankan untuk mengunjungi 6 buah kota Rom Decapolis.

Karak Castle

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib,namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi .Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba. Karak Castle sangat strategik tempatnya. Semua laluan utama dapat ditinjau.  Di sekelilingnya pula tanah yang subur, tanam-tanaman menghiasi landskap.

Jerash

Sejarah panjang Jerash bermula pada tahun 63 Sebelum Masihi, bila Jerash telah dijajah oleh Pompei dari Rom yang telah menukar nama Jerash kepada Gerasa. Jerash juga menjalin hubungan dagang dengan kerajaan Arab Nabatean yang berpusat di Petra. Pada tahun 106 masihi Maharaja Trajan memutuskan hubungan baik dengan kerajaan Arab Nabatean, lalu mereka melancarkan serangan di Petra. Maharaja Trajan meraikan kemenangan ini dengan membina gerbang utara di hujung Cardo.

Tugu Hadrian atau tugu kejayaan pula dibina pada tahun 130 masehi bagi meraikan kedatangan Mahajara Hadrian dari Kota  Rom. Pada tahun 395 masihi agama kristian telah menjadi agama dominan di Jerash sehingga di era Maharaja Justinian (527-565 Masihi) di mana bilangan gereja meningkat kepada 12 buah. Pada 614 masihi, Jerash telah jatuh dan dijajah oleh kerajaan Parsi yang membinasakan hampir semua monumen penting di Jerash. Kerajaan Rom tidak berpuashati lalu Maharaja Hercules datang menyerang pada tahun 627 masihi dan telah menawan semula Jerash. Kerajaan Arab Ghassan juga terpaksa tunduk kepada pemerintahan Rom.

Penjajahan Rom ini tidak lama di mana pada tahun 636 masihi, tentera Islam telah menawan dan menguasai dan kegemilanganya ternyata pada zaman Umawiah. Jerash ketika ini terkenal sebagai tempat melombong perak dan gangsa disamping kawasan industri tembikar. Antara binaan yang kekal di sini ialah masjid Umawiah Jerash dan menjadi antara masjid tertua di Jordan. Kota lama seperti ini menjadikan jordan tempat tumpuan pengunjung yang ingin melawat bangunan dan tempat-tempat yang menjadi sejarah dalam dunia.

Ummu Qais

Adalah tidak elok sekiranya tidak diceritakan serba sedikit sejarah tempat tersebut. Umm Qais menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis ( salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek seterusnya Roman , Byzantine dan akhirnya empayar Othmaniyyah. Ummu Qais terletak di kawasan berbukit dan memaparkan pemandangan yang memikat mata-mata yang memandang .

Dari sini jelas kelihatan Tasik Tiberia (sejarah awal Jordan yang didatangi orang badwi sebelum dirampas Israel), Bukit Golan , juga pemandangan perkampungan di Utara Jordan dan sekiranya bernasib baik dapat melihat tompokan salji di puncak Gunung Hermon ataupun dikenali juga dengan nama jabal al-Syeikh. (Gunung tersebut sentiasa dipenuhi dengan salji terutamanya pada musim sejuk dan pada musim panas kawasan tersebut akan menjadi beku. Gunung tersebut terletak di Syiria dan merupakan gunung tertinggi di Syiria dan menjadi rebutan antara Syiria dengan negara yang hakikat sebenarnya tidak mempunyai negara iaitu Israel. Syiria telah menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pelancongan dalam membantu ekonomi negara tersebut).

Kedudukan Ummu Qais yang strategik kerana terletak di hujung Jordan yang dikelilingi Sungai Yarmouk di utara , hutan berbukit `Ajlun di selatannya , dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya menarik perhatian banyak kuasa. Tahun 749 masihi Jerash dilanda gempa bumi yang menyebabkan populasi penduduknya merudum kepada 4000 sahaja. Jerash tidak terkecuali daripada bahang Perang Salib apabila Raja Baldwin I (1058M-1118 masihi) cuba menguasainya namun gagal dan pada percubaan menguasai Syria, tentera salib telah memusnahkan sebahagian kawasan Jerash dan membakarnya. Pada zaman Turki Uthmaniah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan. Jerash telah menjadi daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandat British (Trans-Jordan) sehinggalah Jordan mencapai kemerdekaan pada tahun 1946. Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan.

Amman 

The Hill of the Citadel (Jabal al-Qal’a – 850 meters above sea level) yang terletak di tengah-tengah Bandar Amman telah menjadi pusat pemerintahan sejak Zaman Neolithic dan menjadi pusat pertahanan di zaman Bronze Age (1800 BC).. Peninggalan di atas bukit sekarang ni adalah struktur peninggalan Rome pada pemerintahan permulaan islam. Menjadi satu aktiviti menarik untuk menziarahi Amman Citadel. Kerana kekayaan sejarah yang terdapat di sini. Bayangkan semenjak beribu tahun yang lalu kerajaan saling bertukar tangan di bumi Amman yang indah ini. Penaklukan demi penaklukan dari zaman batu Stone Age, Iron Age dan Bronze Age hinggalah ke zaman pemerintahan Roman, Byzantine dan akhir sekali pemerintahan Uthmaniyah Turkey.
The Amman Citadel Museum dan muzium kecil ini di buka seawal 08:00 am dan di tutup 16:00 pm Sabtu – Khamis untuk October – March, 08:00 am hingga 19:00 pm Sabtu – Khamis untuk April – September. Bayaran harga tiket untuk masuk Amman Citadel ini ialah JD 2.00 bagi orang luar. Tapi ada special price untuk warga Jordan dan juga pelajar luar yang belajar di Jordan dengan syarat menunjukan kad pelajar mereka.

Laut Mati

 

Laut mati ni adalah Kota Sodom yang dulunya dikenali sebelum Allah turunkan azab ke kawasan ini. Kaum nabi Luth yang suka kepada kemungkaran seperti homoseksual. Kawasan ini terletak di tengah-tengah antara Jordan dan Palestin. Berikut ini cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut dalam Alquran.

 

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.”

(QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)

Ajakan Nabi Luth ini ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala Allah SWT mengutus dua orang malaikat dalam bentuk manusia kepada Nabi Luth

 

mereka malah meminta Luth untuk menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahkan kepada mereka. Lalu, Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.

(QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81)

 

Dijelaskan umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara dijungkirbalikkan (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.

Betapa besarnya murka Allah apabila kita hambaNya ini tidak mendengar apa yang diperintahkan olehNya. Di zaman kini pon ada juga kan yang berperangai homoseksual (lesbian- perempuan suka kan perempuan). Ini adalah dosa besar dan jika tidak bertaubat dan baiki perbuatan itu, tidak mustahil kita juga akan diazab oleh Allah seperti ini. Nauzubillahiminzaalik.

Terletaknya tasik garam termasin di dunia iaitu Laut Mati, juga merupakan kawasan paling rendah di dunia berada 400m bawah paras laut. Sekiranya pengunjung ke sana, mereka akan mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti berendam dalam laut, dan melumurkan lumpur di muka kerana dikatakan khasiat lumpur disana mempunyai khasiat mineral seperti garam.