TARVEL LOG JUARA – ( Salam Aidil Adha )

TARVEL LOG JUARA – ( Salam Aidil Adha )

08/21/2018 0 By admins

IBADAH KORBAN

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban Isu sumbangan atau pemberian haiwan qurban juga sering dibangkitkan dalam masyarakat kerana melibatkan jumlah sumbangan yang banyak oleh pihak-pihak yang berhajat menyumbangkan ternakan qurban kepada kelompok masyarakat Islam bagi sama-sama meraikan Hari Raya Qurban. Oleh yang demikian, penggunaan perkhidmatan urusan dan pemberian sumbangan, hendaklah diberi perhatian secara khusus supaya ia dapat memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

 

Pertalian Kisah Nabi Ibrahim dan Ibadah Qurban

 

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpinya Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail. Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya : Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menjunjung perintah ALLAH itu, Maka Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.

Maka nabi ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

 

 

Disini kami membuat kaji selidik mengenai ibadah korban yang menjadi persoalan kepada umat islam bagi menunaikan ibadah korban. Rujukan yang kami ambil dari pihak JAKIM bagi menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh sesetengah jemaah.

 

1- Apa dia ibadat korban (udhhiyyah)?

Binatang ternakan yang disembelih untuk  mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala pada Hari Raya haji dan tiga hari Tasyri‘.

 

 

2-Berapakah umur binatang yang sah dijadikan korban?

Secara ringkasnya disenaraikan binatang korban dan umurnya seperti berikut:

Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kerbau 2 tahun, kambing 2 tahun dan biri-biri setahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

 

 

3-Apa hukum ibadat korban?

Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut).

 

 

4-Apa fadhilat melaksanakan ibadat korban?

  • Penebus dosa kecuali dosa besar.
  • Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
  • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
  • Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
  • Penyembuh penyakit: Rohani, fizikal, mental dan sosial.

 

 

5-Siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadat korban?

  • Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.

 

 

6-Apa hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadat korban?

Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala).

 

 

7-Bolehkah seekor binatang dikongsi oleh 2 atau lebih mudhahhi (orang yang berkorban)?

  • Kambing untuk seorang sahaja.
  • Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

 

 

8-Bolehkah melakukan ibadat korban di negeri lain?

Boleh.

 

 

9-Apa hukum memindah daging korban ke negeri lain?

Haram jika daging yang dipindah:

  • korban wajib
  • bahagian fakir miskin.

Boleh jika daging:

 bahagian orang kaya

 bahagian mudhahhi.

 

 

10-Bagaimana cara pembahagian daging korban sunat?

Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:

  • 1/3 fakir miskin,
  • 1/3 Orang kaya dan  1/3 mudhahhi .

Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan memakannya sedikit sahaja (hati).

 

 

11-Adakah wajib disedekah daging korban sunat kepada fakir miskin?

  •   Wajib disedekahkan sebahagiannya.

 

 

12-Bagaimana keadaan daging itu disedekah dan dihadiahkan?

  •   Dalam keadaan mentah.

 

 

13-Bagaimana cara pembahagian daging korban wajib?

  •   Wajib disedekahkan kesemuanya.

 

 

14-Apakah perkara yang diharuskan bagi penerima yang bukan fakir miskin terhadap daging korban?

  • Menyedekahkannya dalam keadaan mentah kepada fakir miskin yang Islam.
  • Menjamu orang Islam (kaya atau fakir miskin).

 

 

15-Apakah perkara yang dilarang bagi penerima yang bukan fakir miskin terhadap daging korban?

  • Menjualnya samada mentah atau masak
  • Menghadiahkannya kepada orang kaya  Menjamu orang kafir.

 

 

16-Apa hukum melaksanakan ibadat korban bagi orang lain?

  • walau bagaimanapun wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban daripada hartanya untuk orang yang di bawah tanggungannya seperti anak dan isterinya tanpa izin mereka.
  • Tidak boleh bagi orang masih hidup kecuali dengan izinnya.
  • Tidak boleh bagi orang yang meninggal dunia kecuali ada wasiat.

 

 

17-Adakah wajib berniat korban?

wajib.

 

 

18-Bilakah waktu berniat korban?

  • ketika menyembelih.
  • Harus juga sebelum menyembelih asalkan setelah ditentukan binatang korbannya dan setelah masuk waktu berkorban.

 

 

19-Bagaimana lafaz niat ibadat korban?

“Sahaja aku melakukan korban sunat/ wajib/ nazar”

 

 

20-Adakah boleh berwakil kepada wakil kedua untuk melaksanakan ibadat korban dan bagaimana cara berwakil?

  • Boleh,
  • Mudhahhi berkata kepada wakilnya: “Saya berwakil kepada tuan untuk menguruskan pembelian dan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar saya”.

 

 

21-Adakah boleh wakil berwakil lagi kepada wakil kedua dan bagaimana caranya?

  • Boleh,
  • Wakil mudahhi berlafaz kepada wakil kedua: “Saya diwakilkan oleh…….untuk mewakilkan tuan menguruskan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar nya”.

 

 

22-Adakah boleh binatang yang ada aib dijadikan korban?

Binatang

Korban

Tidak sah bagi aib seperti berikut:

Sah bagi aib seperti berikut:

Unta

Lembu

Kerbau

Kambing

Kibasy

•  Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya

walaupun sedikit.

•  Terpotong ekornya atau lidahnya.

•  Binatang yang kurus yang menjadi kurang dagingnya.

•  Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya.

•  Buta sebelah matanya dan butanya itu nyata. • Buta kedua

belah matanya

•  Sangat tempang.

•  Sedang bunting.

•  Tidak bertanduk

•  Patah tanduknya.

•  Terbelah telinganya

•  Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya

•  Tidak berekor sejak dilahirkan.

•  Tanggal sebahagian daripada giginya.

•  Tidak mempunyai zakar.

•  Binatang yang dikebiri.