Amalan di Bulan Zulhijjah

Amalan di Bulan Zulhijjah

08/16/2018 0 By admins

Banyak amalan di bulan zulhijjah selain ibadah haji dan kurban seperti puasa Arafah, puasa Tarwiyah hingga puasa zulhijjah. Sekarang kita telah memasuki bulan zulhijjah, Dimana semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1439 H, bersamaan 10 Dzulhijjah juga semakin dekat.

 

Banyak sekali keutamaan serta pahala selama 10 hari awal di bulan Dzulhijjah. Ada beberapa amalan sunnah yang boleh dilakukan di bulan zulhijjah. Salah satunya adalah dengan menunaikan puasa sunnah dan banyak lagi.

 

“Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan salat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan salat pada malam lailatul qadar.”

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi).

1. Puasa Arafah

 

Puasa Arafah adalah salah satu puasa sunnah yang boleh dilakukan menjelang hari raya aidiladha. Biasanya, puasa ini dilakukan setiap tanggal 9 zulhijjah, di mana kaum Muslimin yang tengah melaksanakan ibadah haji sedang menunaikan wukuf di Arafah. Untuk kelihatan seimbang dan stabil dengan jemaah haji, umat muslim yang tidak melaksanakan ibadah haji dianjurkan untuk berpuasa.

 

Keutamaan puasa Arafah sungguh istimewa.

Dihapuskan segala dosa selama satu tahun yang lalu, dan setahun yang akan datang dijaga Allah untuk tidak berbuat dosa atau maksiat.

Hal itu sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Qatadah al-Anshari ra,

“Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka, baginda bersabda, ‘Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang’.”

(HR Imam Muslim).

 

Selain itu, umat muslim yang berpuasa Arafah akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda di hari tersebut.

 

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah menyebutkan:

 

و ممن كان يصوم العشر عبد الله بن عمر رضي الله عنهما و قد تقدم عن الحسن و ابن سيرين و قتادة ذكر فضل صيامه و هو قول أكثر العلماء أو كثير منهم

Antara mereka yang berpuasa pada sepuluh awal Zulhijjah (yang dimaksudkan di sini ialah satu hingga sembilan Zulhijjah kerana sepuluh Zulhijjah haram berpuasa) adalah ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu. Imam Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, dan Qatadah juga menyebutkan tentang kelebihan berpuasa pada hari-hari tersebut. Ini merupakan pendapat majoriti ulama’.

 

و كان ابن سيرين يكره أن يقال : صام العشر لأنه يوهم دخول يوم النحر فيه و إنما يقال : صام التسع و لكن الصيام إذا أضيف إلى العشر فالمراد صيام ما يجوز صومه منه

Imam Ibnu Sirin tidak suka untuk disebut: Puasa sepuluh hari kerana ditakuti iakan memasukkan sekali hari an-Nahr (10 Zulhijjah), dan lebih elok disebut: Puasa sembilan hari. Akan tetapi apabila disebutkan puasa sepuluh hari, yang dimaksudkan ialah puasa pada hari-hari yang dibenarkan puasa padanya.

[Lathoif al-Maarif m/s 226]

 

Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.

[Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]

 

2. Puasa Tarwiyah

 

Sebelum melaksanakan puasa Arafah, umat muslim dapat menunaikan puasa Tarwiyah. Dengan kata lain, puasa Tarwiyah dapat dilakukan pada tanggal 8 zulhijjah. Manakala keistimewaan puasa Tarwiyah adalah menghapus dosa yang dibuat tahun lalu.

Niat puasa Tarwiyah seperti berikut.

“نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ لِلَّهِ تَعَالَى”

ertinya, “Sahaja aku berpuasa di hari tarwiyah kerana Allah taala”

 

عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ” يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَخَمِيسَيْنِ “

 

Sebahagian isteri-isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis.

[Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417]

 

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah menyebutkan:

 

و ممن كان يصوم العشر عبد الله بن عمر رضي الله عنهما و قد تقدم عن الحسن و ابن سيرين و قتادة ذكر فضل صيامه و هو قول أكثر العلماء أو كثير منهم

Antara mereka yang berpuasa pada sepuluh awal Zulhijjah (yang dimaksudkan di sini ialah satu hingga sembilan Zulhijjah kerana sepuluh Zulhijjah haram berpuasa) adalah ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu. Imam Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, dan Qatadah juga menyebutkan tentang kelebihan berpuasa pada hari-hari tersebut. Ini merupakan pendapat majoriti ulama’.

3. Puasa zulhijjah

 

Ketika bulan zulhijjah tiba, umat muslim mulai dapat melaksanakan puasa zulhijjah.

 

Dimulai sejak tanggal 1 zulhijjah hingga 7 zulhijjah. Adapun keutamaan puasa zulhijjah setiap harinya berbeza-beza.

 

Tanggal 1 zulhijjah

Allah mengampuni Nabi Adam AS di Arafah, maka yang berpuasa di hari itu akan diampuni dosa-dosanya.

 

Tanggal 2 zulhijjah

Allah mengabulkan doa Nabi Yunus AS dan mengeluarkannya dari perut ikan nun, maka orang yang berpuasa di hari itu sama seperti beribadah dan berpuasa satu tahun tanpa maksiat.

 

Tanggal 3 zulhijjah

Allah mengabulkan doa Nabi Zakariya AS, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dikabulkan doanya.

 

Tanggal 4 zulhijjah

Nabi Isa AS dilahirkan, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dihilangkan kesusahan dan dikumpulkan bersama orang mulia di hari kiamat.

 

Tanggal 5 zulhijjah

Nabi Musa AS dilahirkan dan dimuliakan munajatnya, maka orang yang berpuasa di hari itu akan terlepas dari sifat munafik dan siksa kubur.

 

Tanggal 6 zulhijjah

Allah membukakan pintu kebaikan semua nabi, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang.

 

Tanggal 7 zulhijjah

Pintu neraka jahanam dikunci dan tidak akan dibuka sebelum berakhir pada 10 Dzulhijjah, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dihindarkan dari 30 pintu kemelaratan dan kesukaran dan dibukakan 30 pintu kemudahan untuknya.

 

Niat puasa Dzulhijjah

“Nawaitu shauma syahri dhilhijjati sunnatan lillahi ta’ala.”

Artinya, “Saya niat puasa sunah bulan zulhijjah karena Allah Ta’ala.”

 

Puasa di bulan zulhijjah dianjurkan dilakukan bagi kaum Muslimin yang tidak melaksanakan ibadah haji.

Sementara bagi mereka yang sedang berhaji, haram hukumnya untuk melaksanakan puasa sunnah di bulan zulhijjah.