10 Pulau terbaik di Malaysia

10 Pulau terbaik di Malaysia

07/31/2018 0 By admins

Pulau Langkawi, Kedah

 

Terdapat pelbagai aktiviti di langkawi yang anda boleh lakukan untuk mengisi masa anda disana nanti seperti melawat tempat menarik di Langkawi dan juga shopping di Langkawi. Jangan risau pasal bajet kerana terdapat pelbagai agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian ke Langkawi yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian bajet anda. Pulau Langkawi terletak di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia.

Pulau Langkawi juga merupakan salah sebuah tempat percutian menarik di Malaysia yang kaya dengan sejarahnya yang tersendiri dan juga menjadi tumpuan destinasi pelancongan bertaraf dunia. Memang tidak dapat dinafikan, keindahan alam semulajadi dan warisan geologi seperti gunung-ganang, pulau-pulau dan pantai-pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga peringkat antarabangsa.Ini kerana pembentukan struktur batuan yang menarik yang dikelilingi oleh hutan purba, gua yang luas dengan stalaktit dan stalagmit, hutan paya bakau, gua laut, terowong semulajadi , hidupan liar dan air terjun.

Terdapat lebih daripada 90 lokasi tapak Geo yang telah ditemui di rantau ini tetapi hanya tiga kawasan sahaja yang membentuk Langkawi Geopark :

  • Kilim Geoforest Park Karst
  • Machinchang Geoforest Park Cambrian
  • Pulau Dayang BuntingMarble Geoforest Park

Pulau Pangkor, Perak

 

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang sering menjadi balan ramai tentang keunikan dari segi pantai dan alam sekitarnya. Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai menarik yang boleh dikunjungi serta tarikan pelancong cukup memuaskan. Pantainya yang berpasir bersih, air laut yang jernih dan pohon melambai dipesisiran pantai menjadikan ia tenang dan santai. Pantai yang dimaksudkan adalah :

  • Pantai Teluk Nipah
  • Teluk Man
  • Pantai Pasir Bogak
  • Teluk Gedung
  • Teluk Dalam
  • Coral Bay
  • Teluk Chempedak
  • Teluk Dalam
  • Pantai Teluk Ketapang (Turtle Bay)
  • Teluk Segandas

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka. Ia termasuk dalam daerah Manjung didalam Negeri Perak. Para Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor akan menaiki feri dari jeti Lumut. Dari segi penerbangan pengunjung boleh menaiki penerbangan Berjaya Air dari Kuala Lumpur terus ke lapangan terbang Teluk Dalam, di Pulau Pangkor. Kepada anda yang merancang untuk ke Pulau Pangkor bolehlah melakukan aktiviti seperti menyewa basikal mengelilingi pulau, memancing ikan dan menyandat sotong, berkayak, snorkelling, pukat Tarik, scuba diving, water sport, boat trip, jungle trekking dan banyak lagi aktiviti lain.

 

 

Pulau Perhentian, Terengganu

 

Pulau Perhentian adalah salah satu tarikan pelancong yang menjadi pujaan ramai. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Diantara kisah terhasilnya nama Pulau Perhentian ialah disebabkan para pedagang yang belayar di antara Malaysia dan Bangkok menjadikan pulau ini salah sebuah tempat perhentian yang tenang, damai dan dari situ tercipta nama Pulau Perhentian.

Disini juga terdapat tempat menarik untuk dilawati dan jika anda sekadar ingin berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, anda tidak perlu risau. Hampir kesemua resort atau chalet yang berada di pantai ini sangat unik dan indah. Jika anda ingin berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di sekitar pulau, ada jalan-jalan yang menghubungkan beberapa resort berdekatan manakala untuk melihat keindahan pulau anda boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancong.

Perbezaan di antara Pulau Perhentian Kecil ialah suasana dan resortnya murah dan keluasannya sedikit kecil manakala Pulau Perhentian Besar mempunyai banyak resort dan chalet yang pelbagai pilihan dan banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan. Selain itu, Pulau Perhentian Besar sesuai untuk keluarga dan sesuai untuk berbulan madu. Tempat menarik di Pulau Perhentian ialah:

  • Kincir angin D’ Lagoon
  • Perkampungan Nelayan Perhentian
  • Pantai Romantik
  • Teluk Pauh
  • Titik Penyu (Turtle Bay)
  • Pulau Rawa Terengganu
  • Pulau Tokong Burung
  • Tokong Laut
  • Lata Air Berani1

 

Pulau Kapas, Terengganu

 

Pulau kapas terletak di negeri Terengganu. Ia merupakan sebuah pulau peranginan yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu. Kedudukan Pulau kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan termasuk daerah Marang, kira-kira 18KM dari Kuala Terengganu manakala jaraknya dari jeti Marang ialah lebih kurang 6KM sahaja. Mengikut penduduk tempatan mengagumi pulau ini disebabkan pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas.

Dari segi pengangkutan untuk ke Pulau Kapas, anda boleh menaiki bot di jeti Marang ke resort Pulau Kapas. Kebiasaanya perjalanan ini dari Marang ke jeti Pulau Kapas ini termasuk dalam pakej, tetapi walaubagaimanapun terdapat juga agensi menawarkan “Day Trip” bagi pelancong yang tidak mengambil pakej percutian atau tidak bermalam di Pulau Kapas. Untuk ke Pulau Kapas senang sahaja anda perlu:

  • Pergi ke jeti Marang samada pengangkutan udara atau darat mengikut bajet masing-masing
  • Menaiki bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 20 minit manakala harga tiket ialah RM25 untuk pergi dan balik.

Tempat ini mempunyai banyak resort dan kepada anda yang ingin ke sana, anda boleh pilih untuk mengikuti secara berpakej atau “bagpacker”. Sekiranya anda telah sampai ke Pulau Kapas anda boleh melakukan aktiviti-aktivit seperti bermain luncur angina, snorkelling, mandi manda, berkayak, scuba diving, berkhemah, melihat suasana mata hari terbenam, jalan-jalan mengelilingi pulau, memancing dan sebagainya.

 

Pulau Tioman, Pahang

 

Pulau Tioman terletak disempadan antara negeri Pahang dan negeri Johor. Pulau ini pernah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an dan pulau ini pernah menjadi lokasi filem Hollywood, “South Pacific” sekitar tahun 1959. Pulau ini terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir putih, halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar dan ini menjadikan tarikan kepada pengunjung terutama dari Eropah.

Kedudukan pulau ini ialah di laut china selatan iaitu kira-kira 56KM diluar persisiran pantai Pahang. Kepada anda yang ingin makan angina di Pulau Tioman jangan lupa untuk mengunjungi tempat-tempat ini:

  • Makam Bendahara Pahang
  • Mata air Sungai Air Raja
  • Perkuburan Lanun
  • Gua Kelamin
  • Pusara Atas Batu
  • Pokok Tualang Pontianak
  • Batu Depa

Selain itu, kebanyakkan pengunjung yang datang bercuti di sini kerana ingin menikmati keindahan pantai dan kehijauan dedaun. Seterusnya aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah mandi laut, snorkelling, scuba diving, jungle trekking dan memanjat cerun. Mengenai Hotel dan Resort anda tidak perlu risau kerana di Pulau Tioman ini mempunyai banyak penginapan yang sesuai dengan bajet anda. Jadi kepada anda yang berminat untuk melakukan aktiviti dan menginap disana bolehlah ke Pulau Tioman.

 

 

Pulau Sibu Johor

 

Pulau Sibu adalah pulau yang cantik dan mempunyai corak serta kehidupan laut yang sangat menarik. Pulau ini adalah sebuah pulau destinasi percutian yang terkenal di Malaysia dan pernah di wartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993. Lokasinya ialah di Laut China Selatan lebih kurang 12KM dari tanah besar Johor. Pulau Sibu terdiri dari deretan pulau iaitu:

  • Pulau Sibu Besar (Perkampungan Nelayan)
  • Pulau Sibu Tengah (Pulau kedua terbesar bersebelahan Pulau Sibu Besar)
  • Pulau Sibu Kukus (Pulau ketiga terbesar bersebelahan Pulau Sibu Tengah)
  • Pulau Sibu Hujung (Pulau kedua terbesar bersebelahan Pulau Sibu Kukus)

Pengunjung yang ingin ke sana perlu menaiki bot dari Jeti Tanjong Leman yang terletak 72KM di selatan Mersing. Tiada pengangkutan awam ke Jeti Tanjong Leman disediakan, jadi pelancong perlu membawa kenderaan sendiri atau mengambil teksi. Untuk ke Pulau Sibu akan diuruskan oleh pihak resort sekiranya anda mengambil pakej. Dari segi aktiviti di Pulau Sibu pengunjung boleh merehatkan minda atau melakukan aktiviti sukan air dan sukan didarat seperti:

  • Mandi Laut
  • Memancing
  • Snorkeling
  • Scuba Diving
  • Jet Ski
  • Jungle Trekking
  • Island shopping
  • Bola Tampar Pantai
  • Futsal Pantai
  • Mandi Kolam
  • Mengurut badan di SPA

 

Pulau Mabul, Sabah

 

Pulau Mabul dikatakan salah sebuah lokasi terbaik di dunia untuk jurugambar bawah laut. Dengan keluasan 21 hektar, ia dianggap lebih besar dari Pulau Sipadan yang terletak berhampiran dan menjadi tempat tinggal bagi suku Bajau Laut, iaitu salah satu kumpulan etnik Sabah. Ia juga terletak di kawasan air laut jernih Laut Celebes di luar tanah besar Sabah, ia dikelilingi oleh terumbu karang lembut pada kedalaman dua ke 40 meter.

Aktiviti yang paling digemari penduduk tempatan dan pengunjung adalah menyelam sebab itu ia merupakan aktiviti utama di pulau ini dan boleh dilakukan sepanjang tahun. Mengenai hidupan laut yang boleh dilihat disini termasuk:

  • kuda laut
  • tapak sulaiman eksotik
  • ikan gobi “ Fire”
  • ikan “pipe”
  • ikan buaya
  • belut laut

Hidupan laut ini berada di satu tempat yang berbeza-beza kerana setiap spesis akan bergerak mengikut kumpulan. Disebabkan itulah, terdapat lebih dari lapan kawasan untuk menyelam, setiap satunya memiliki keistimewaan tersendiri. Terdapat tiga buah resort untuk penginapan para penyelam, dua daripadanya terletak di pulau dan sebuah lagi di atas sebuah platform minyak yang diubahsuai terletak kira-kira 500 meter dari tepi pantai.

 

 

Pulau Sipadan, Sabah

 

Keindahan bawah laut ialah keindahan yang paling sukar digambarkan kerana ianya mempunyai kunikannya yang tersendiri disebabkan itu ianya adalah suatu pemandangan yang jarang-jarang sekali dapat kita lihat berbanding dengan tempat dan keindahan alam semesta yang lain.

Pulau sipadan ialah sebuah pulau yang menjadi rebutan oleh Malaysia dan Indonesia pada suatu ketika dahulu sehingga dilanjutkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Malaysia berjaya membuktikan pemilikan pulau ini disamping mendapat sokongan daripada British. Oleh itu, kita perlu menghargai dan menjaga dengan sebaik mungkin kerana Pulau Sipadan ini sebenarnya destinasi kelima tempat skuba terbaik di dunia. Demi menjaga dan mengekalkan keindahan semulajadi di Pulau Sipadan ini, hanya 120 orang penyelam sahaja dibenarkan dalam sehari. Sebenarnya, tak semua tempat sesuai untuk para penyelam skuba meneroka alam dasar laut. Oleh itu, terdapat beberapa kawasan yang menjadi ‘hotspot’ bagi penyelam skuba seperti:

  • Barracua Point
  • Turtle Cavern (Gua Penyu)
  • Coral Garden
  • Drop Off
  • Taman Tergantung (Hanging Garden)
  • Mid Reef

 

Pulau Aur, Johor

 

Selain itu, Pulau ini menjadi persinggahan bagi penyu-penyu belimbing dan sisik untuk bertelur dan ianya turut menjadi tarikan para pengunjuang untuk berkunjung ke sini dan menyaksikannya sendiri. Kepada pengunjung yang berminat dan merancang untuk menyelam skuba di Pulau Sipadan, anda bolehlah menginap di Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Makating sebelum meneruskan aktiviti menyelam anda.

Pulau Aur merupakan salah satu daripada gugusan pulau di Laut China Selatan. Ia juga adalah sebahagian daripada Taman Laut Sultan Iskandar Johor. Pulau ini merupakan ibu pulau dimana terdapat 3 buah anak-anak pulau yang berhampiran iaitu Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang. Disini juga terdapat beberapa buah kampung seperti:

  • Kampung Teluk Berhala
  • Batu Kembar
  • Bahai
  • Teluk Sebukang
  • Teluk Meriam
  • Teluk Payang
  • Tanjung Pandan
  • Bayu Musuh
  • Teluk Ba’ai
  • Teluran
  • Palas
  • Tok Jong
  • Kampung Kabu

Kebanyakan pelancong masih tidak mengenali keindahan pulau ini walaupun ia sudah terkenal di kalangan para penyelam dan pemancing laut dalam di Malaysia dan di negara Singapura. Pulau Aur dan pulau-pulau sekitarnya mempunyai 18 tempat menyelam yang terkenal. Antara lokasi selaman tersebut adalah Rayner Rocks, Pulau Lang, Pinnacle dan Teluk Meriam.

Untuk pengetahuan anda di pulau ini tiada kenderaan darat termasuk basikal, tiada talian jalur lebar, tiada bangunan tinggi kecuali menara pemancar Maxis, dan tiada bunyi bising selain hempasan ombak, enjin bot dan kicauan burung. Air yang jernih, udara segar, serta suasana tenang dan permai Pulau Aur ini setia menanti kehadiran pelancong serta pencinta alam ke sini.

 

Pulau Redang, Terengganu

 

Pulau Redang menjadi satu lagi lokasi yang menarik dan popular untuk percutian ke pulau. Pulau redang yang terletak di Negeri Terengganu juga terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Keindahannya dapat dilihat dengan air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan pelbagai kehidupan laut serta coral yang boleh dilihat. Selain tarikan pantainya yang cantik disini juga mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti snorkeling, berjalan dan merentas hutan melihat tempat-tempat menarik, mandi-manda, jungle trekking, scuba driving, berkayak dan sebaginya, di samping itu pelancong juga boleh melihat penyu bertelur jika bernasib baik.

Terdapat kemudahan penginapan yang semuanya berasaskan resort, enam resort terletak di pantai terpanjang yang terdapat di Pulau Redang iaitu Pantai Pasir Panjang. Manakala resort-resort lain terdapat di pantai Teluk Dalam dan Teluk Kalong. Untuk pergi ke Pulau Redang pelancong boleh menggunakan beberapa cara iaitu menaiki bot dari jeti Kampung Penarik di Merang, Setiu Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai atau boleh juga menaiki bot dari jeti Shah bandar di Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit untuk sampai. Di samping itu, boleh juga menaiki penerbangan Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur atau Singapura terus ke Pulau Redang.

Tempat Menarik Dengan Pakej ke Pulau Redang Yang Boleh Dikunjungi Oleh Pelancong Antaranya:

  • Pantai Pasir Panjang – Merupakan pantai yang paling besar di Pulau Redang yang sesuai untuk aktiviti snorkeling.
  • Teluk Kalong – Terdiri dari Teluk Kalong Kechil dan Teluk Kalong Besar, sesuai kepada pelancong untuk melakukan aktiviti mandi laut dan berenang.
  • Teluk Dalam – Disini juga sesuai untuk aktiviti mandi laut dan berenang.
  • Pasir Mak Simpan – Tempat yang menarik untuk aktiviti snorkeling.
  • Pasir Mak Kepit – Juga tempat menarik untuk aktiviti snorkeling.

Terdapat Beberapa Taman Laut Di Pulau Redang dan Gugusan Pulau Redang Terdiri Daripada Sembilan Buah Pulau Iaitu:

  • Pulau Redang – Pulau terbesar yang menempatkan resort-resort untuk pelancong dan disini juga terdapat perkampungan nelayan.
  • Pulau Pinang – Pulau yang kedua terbesar dan terdapatnya Pusat Taman Laut yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, disini merupakan lokasi yang menarik untuk snorkeling dan scuba driving.
  • Pulau Ling – Terletak agar jauh dengan Pulau Redang iaitu berhampiran dengan Pulau Pinang, disini juga tempat yang sesuai untuk snorkeling dan scuba diving.
  • Pulau Ekor Tebu – Berhampiran dengan Pulau Ling agar jauh dengan Pulau Redang, tempat yang menarik untuk snorkeling dan scuba diving.
  • Pulau Kerengga Besar – Kawasan yang menarik untuk snorkeling dan scuba diving yang terletak di persisiran pantai Teluk Kalong Besar.
  • Pulau Kerenggan Kecil – Terletak berhampiran dengan persisiran pantai Teluk Kalong Besar.
  • Pulau Paku Besar – Lokasi yang menarik untuk snorkeling dan scuba diving yang terletak di persisiran pantai Pasir Panjang.
  • Pulau Paku Kecil – Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang.
  • Pulau Lima – Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang yang menjadi lokasi menarik untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving.

 

*Sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau Redang Malaysia yang berada disekeliling pulau-pulau tersebut. Dikenali juga kawasan Larangan Perikanan selepas penubuhan taman-taman laut ini.