Janji Allah Kepada Golongan Yang Suka Bersedekah

Janji Allah Kepada Golongan Yang Suka Bersedekah

07/23/2018 0 By admins

Assalamualaikum semua kepada pembaca yang dikasihi dan di sayangi, semoga sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah selalu. Hari ini kami akan sharekan kepada anda Janji-Janji Allah kepada hambanya yang sangat-sangat kerdil ini apabila bersedekah. Perkataan sedekah adalah mudah dan cara melakukannya juga cukup-cukup mudah berbeza dengan zakat yang perlu melafazkan nilai zakat yang dikeluarkan. Jadi tidak perlu untuk kami huraikan lebih panjang mengenai sedekah, tuan-tuan boleh membaca dengan lebih khusyuk dan dapat beramal dengan tenang dan tuan-tuan dan puan-puan boleh komen sebagai penambahbaikan dalam cetakan kami.

 

Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah

Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya. Rasulullah SAW, beliau bersabda:

 

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.

[ Hadis Riwayat Tirmizi]

 

Dapat berteduh di hari kiamat

Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar. Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

[ Hadis Riwayat Bukhari ]

 

Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak

Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.

Rasulullah SAW bersabda:

“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”.

[Hadis Riwayat Muslim]

 

Dapat Membebaskannya dari Seksa Kubur

Sedekah ini dapat membebaskan dari seksa kubur ? betul kah ? Selama diberikan dengan ikhlas maka nantinya akan menyelamatkan kita dari seksaan api neraka. Tidak ada seorang muslim pun yang menginginkan akan ditempatkan di neraka setelah mati. Karena tidak ada yang akan sanggup menerima api neraka yang akan memberikan pembalasan atas dosa-dosa yang kita lakukan saat di dunia. Untuk itulah bagi kita yang ingin selamat dari seksa api neraka kita harus banyak-banyak beribadah. Solat, zakat,puasa dan sedekah. Berapapun sedekah yang kita lakukan selama ikhlas pasti akan memperoleh balasan. Kemudian tentang sedekah yang akan menyelamatkan dari siksa api neraka hanya Allah SWT yang memiliki kehendak, Sebagai manusia kita hanya beribadah dan berusaha bagi mendapatkan tempat di syurga Allah S.W.T.

Rasulullah SAW bersabda:

Sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur”.

[Hadis Riwayat Ath-Thabrani]

 

Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

 

Menjauhkan Diri dari Api Neraka

Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah”.

[ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

 

Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedekah ini. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut, semoga kita terus beristiqomah dalam menunaikan tanggungjawab seorang muslim sejati. Jadi In Shaa Allah selepas ini kami akan kongsikan kepada anda dengan tajuk-tajuk yang menarik dan bernas bagi merealisasikan amal ibadah anda dengan lebih sempurna In Shaa Allah. Assalamualaikum wbt.