Pahala Tak Akan Putus Setelah . . .

Pahala Tak Akan Putus Setelah . . .

07/19/2018 0 By admins

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca, semoga sihat-sihat selalu diatas barakah dan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t, kali ini kami akan kongsikan kepada anda macam mana kita sebagai umat islam ingin meningkatkan saham akhirat yang melimpah ruah tanpa kita sedari setelah kita meninggal dunia. Ibadah ini pernah dilakukan oleh umat-umat islam ketika dahulu dan masih dilakukan oleh umat islam waktu sekarang kerana ibadah ini sangat-sangat mudah kerana ia adalah pahala kering tidak mengira lelaki ataupun perempuan.

 

Di dalam ajaran agama islam yang selalu mengajarkan kebaikan kepada umat manusia di seluruh dunia, mengajarkan kita untuk selalu menjadi orang yang baik serta berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan selama kita hidup. Akan tetapi setelah kita mati atau meninggal dunia pun kita masih diberi kesempatan untuk mendapatkan pahala yang banyak dan mengalir deras terus-menerus dari hasil perbuatan baik kita saat hidup di dunia yang fana.

 

Tiga Hal Yang Boleh Memberikan Manfaat Kepada Orang Yang Telah Meninggal Dunia (Orang Mati) :

 

1. Sedekah / Amal Jariyah

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Usahakan selama kita masih hidup kita tinggalkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan orang-orang dalam jangka panjang. Contoh kita wakaf tanah untuk pasar, menyumbang dana untuk pembangunan masjid, membangun jalan, membangun jambatan, dan lain sebagainya.

Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterakan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya.

Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka. Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala.

 

2. Ilmu Yang Bermanfaat

kita akan membicarakan berkenaan kewajipan menuntut ilmu. Namun di samping kewajipan kita di dalam menuntut ilmu, adalah menjadi suatu tanggungjawab kita juga untuk mengamalkan serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Kita tidak perlu untuk menunggu sehingga sesuatu ilmu itu banyak untuk mengamalkannya, Amalkanlah setiap ilmu yang kita sudah mempelajarinya meskipun sedikit asalkan kita berusaha dan ikhlas dalam mengamalkannya.

Antara cara kita mengamalkan sesuatu ilmu yang telah dipelajari itu adalah dengan mengajarkannya atau berkongsi dengan orang lain.  Pepatah arab pernah mengatakan bahawa:

 

الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ

Maksudnya: “Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.”

 

Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau perkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah. Dengan cara beramal kita dapat mengutip sebanyak mana pahala yang kita inginkan tanpa menyumbang dalam bentuk zahir pun kita masih boleh mendapatkan pahala setelah kita mati dari hasil pemikiran kita yang boleh digunakan oleh orang lain. Contoh seperti melakukan suatu pembaharuan atau penelitian yang hasilnya kita umumkan secara luas, membuat buku-buku yang baik dan bermanfaat, mengajarkan sesuatu yang berguna kepada banyak orang, dan lain-lain.

 

3. Anak Yang Soleh

Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah.  Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya.  Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua.  Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan merasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.

Didik dan ajarkan anak-anak kita sebaik mungkin agar mereka menjadi anak-anak yang saleh dan solehah. Berikan sumbangan kepada badan kebajikan anak-anak yatim kerana doa-doa anak yatim ni tiada penghalang untuk Allah kabulkan dan doa anak-anak kita dapat sampai ke ke alam kubur kita jika mereka menjadi anak-anak yang saleh. Antara doa yang kami boleh syorkan kepada anda sebagai amalan harian ialah:

 

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

 

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir secara berulang-ulang.

 

Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman

 

Ataupun

  • baca Surah al-Fatihah
  • surah Taha ayat 1 sehingga 5
  • diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali

Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.  Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik.  Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

 

Surah Al-Imran ayat 8-9

“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.  Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya.  Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

 

Seterusnya ialah doa yang boleh anda amalkan ialah membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim. 

 

Dan yang terakhir ialah doa yang boleh anda amalkan ialah membaca Surah Al-Hasyar ayat 22-24

“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Dialah  Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.  Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

 

Begitulah yang dapat kami kongsikan kepada anda, semoga anda dapat ilmu yang bermanfaat serta mengamalkannya dengan penuh kekhusyukan serta dapat menjadikan ia salah satu ilmu amal didunia dan akhirat. Jadi nantikan perkongsian kami dengan tajuk-tajuk yang menarik dan ilmu-ilmu yang lebih bermakna untuk dikongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. kami akhiri dengan Jazakallahu khairan kathiran dan Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.