Mencipta Gandaan Rezeki

Mencipta Gandaan Rezeki

07/17/2018 0 By admins

Assalamualaikum menjadi pembuka bicara kami pada hari ini, semoga pembaca-pembaca blogger sihat wal afiat di sisi orang tersayang. Pertama dan selamanya kami ingin mengajak saudara-saudari bersyukur atas nikmat dan kurniaan Allah yang maha Esa terhadap kita. Hari ini kami akan share sedikit sebanyak kepada anda selaku pembaca tegar blog kami bagaimana kita nak menambah rezeki kerana ada ketika rezeki yang datang bergolek, ada rezeki yang kena usaha sampai mengerah seluruh tenaga pada diri. Kali ini kami akan share bagaimana anda ingin “Mencipta Gandaan Rezeki” melalui persekitaran yang menjadikan rezeki itu datang bergolek..

 

  • Berdoa kepada Allah

Rasulullah s.w.t selalu berdoa memohon rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima”

[Hadis Riwayat Ahmad]

 

  • Solat Dhuha

Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha. Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit sebelum masuk waktu zuhur. Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh dibayar dengan solat dhuha.

Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.”

[Hadis Riwayat Muslim 1181]

 

Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha dan rezeki. Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama dengan sedekah. Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata, akan tetapi akhirat yang diutamakan;.

 

 

  • Menyambung Sillaturahim.

Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung silaturrahim kepada kerabat. Silaturrahim di sini bukan dalam erti berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita. Membiasakan diri silaturrahim boleh dilakukan sejak kecil sehingga sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya. Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturrahim memperpanjangkan umur dan memperbanyak rezeki.

“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya dan menyambung silaturrahim nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan diperbanyak, serta keluarganya akan mencintainya.”

[HR Bukhari: hadis no. 58]

 

  • Perbanyak Sedekah

Sedekah boleh dilakukan dengan wang mahupun makanan, diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah s.w.t bersabda bahawa:

“Janganlah engkau menyimpan harta tanpa menyedekahkannya, jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”

 

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah. Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk sedekah kerana mengetahui keutamaannya. Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.

 

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

  • Perbanyak Istighfar dan Taubat

Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah memperbanyak istighfar? Rasulullah s.w.t mengucapkan istighfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.

Nabi Nuh a.s pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

(12) فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارً (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.”

(Surah Nuh (71) ayat 10-12)

 

Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki dengan istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang menyatakan hal yang sama.

Disebutkan dalam suatu hadis:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. ) (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

 

Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan kepada anda mengenai bagaimana kita ingin mencipta rezeki. Segala informasi yang dikongsi dapat kita amalkan dengan baik dan tertib mengikut sunnah baginda s.a.w serta sebelum berakhir anda membaca artikel ini, kami memohon maaf serta khilaf yang kami paparkan kurang mendapat keyakinan dari pihak pembaca. Setiap orang lain pendapatnya, dan kepada anda yang ingin berkongsi atau ingin memberi komen, boleh komen dibawah dan artikel yang terbaik adalah ilmu dari Allah dan yang kurang baik adalah kekurangan dari pihak kami sendiri. In Shaa Allah pembaca-pembaca boleh komen dibawah, Assalamualaikum w.b.t