KURSUS HAJI JUARA TRAVEL & TOUR 2018

KURSUS HAJI JUARA TRAVEL & TOUR 2018

07/12/2018 0 By admins

Assalamualaikum wbt.. hari ini santai-santai bersama kami selepas berpenat lelah menjayakan program yang menjadi rebutan umat islam bagi mendapatkan haji yang mabrur di IMPIAN RIMBA RESORT, PANGSUN, HULU LANGAT SELANGOR. Riuh rendah bersama jemaah seramai 132 orang yang tidak sabar melakukan kursus haji bersama Juara Travel & Tours.

 

 

Persiapan untuk bakal jemaah haji selama satu hari menjadi keterujaan bagi pihak Juara Travel kerana ia menjadi hari yang cukup bermakna kerana hari tersebut adalah hari yang dimahukan oleh pihak Travel Agent bagi mengelola jemaah haji di Tanah suci nanti.

 

 

Kami bermula pendaftaran seawal 8 pagi sehingga 9 pagi berserta minum pagi bersama jemaah-jemaah haji sebagai kenal-kenalan antara jemaah dan urusetia haji dari Juara Travel. Untuk hari pertama 7/7/2018 dihening pagi yang nyaman kami menyelitkan sedikit ucapan aluan oleh Ust Md Roslan Bin Mohammad Jaafar iaitu Pengarah Operasi Haji (Tanah Air). Ucapan yang diperkatakan oleh al fadhil Ust Md Roslan sebagai mukaddimah kepada jemaah mengenai Haji yang Mabrur. Seterusnya kami meneruskan bagi memberi impak yang bernas kepada jemaah dengan Penerangan mengenai Haji Ifrad & Tamattu’ yang disampaikan oleh Ustazah Hjh Yusnah Bt Yusof. Disini sedikit penerangan perbezaan cara pelaksanaan haji antara Ifrad, Tamattu’ dan Qiran.

 

 

Jemaah ke dewan diiringi oleh urusetia untuk menjalankan program ini. Ustaz Asyraf mengaminkan doa sebagai pelengkap menyempurnakan majlis serta ucapan aluan dari Ust Roslan. Ucapan seterusnya yang disampaikan oleh Ustazah Hjh Yusnah pada jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. Jemaah haji ke bilik penginapan bagi meletakkan barangan-barangan yang penting kerana jemaah akan berada selama 2 hari 1 malam. Kesemua intipati yang diperolehi oleh jemaah hari tersebut akan dilaksanakan pada musim haji nanti.

 

 

Seterusnya pihak kami mengatur dengan menjemput mutawifah kami iaitu Ustazah Hjh Saniah Bt Salim yang akan menceritakan serta memberi sedikit penerangan mengenai cara memakai pakaian ihram & aurat perempuan. Disini pihak kami menjadikan sebagai peringatan kepada jemaah sekiranya jemaah berada didalam ihram.

 

 

Tepat jam 2.30 petang, Jemaah bersiap membawa ihram bagi (Lelaki dan Perempuan). Taklimat yang pertama yang disampaikan oleh Dato Ust Hj Nizam Bin Kamarulzaman iaitu mengenai cara memakai ihram dengan betul bagi lelaki yang ingin menunaikan haji didalam Dewan Utama di IMPIAN RIMBA RESORT. Pada jam 3 petang adalah waktu yang sesuai dengan cuaca yang suam-suam panas untuk Dato Ust Hj Nizam Bin Kamarulzaman memberi Taklimat aktiviti ibadah Haji & Umrah serta Praktikal Tawaf, Saei dan Tahallul (Berpakaian Ihram). Jemaah ketika ini kesemuanya berpakaian ihram dan mengelilingi replika kaabah sebagai amalan praktikel sebelum melakukan Haji yang sebenar pada bulan haji nanti. Jemaah membuat praktikel di kawasan yang lapang dan sesuai untuk menjadikan ia sebagai latihan kursus haji. Jemaah membuat praktikel sehingga waktu asar dan solat di surau secara berjemaah.

 

 

Seterusnya tepat jam 5 petang Taklimat Pergerakan Haji (Wukuf di Muzdalifah, Melontar Jamrah dan Tahallul Awal) yang disampaikan oleh Ust Hasnil Bin Abu Bakar selaku pembimbing haji yang pertama Juara Travel. Taklimat tersebut berlangsung selama 1 jam 30 minit, Kemudian kami memberi ruang kepada jemaah untuk bersiap-siap untuk solat maghrib serta makan malam secara berjemaah.

 

 

Seterusnya jam 8 malam kami menyusun seperti didalam tentatif iaitu Praktikal Rukun Haji
• Menaiki bas ke Arafah ( Surau Al – Muqqarabin)
• Menanti waktu Wukuf di Arafah/Azan/Khutbah Arafah
• Muzdalifah mengutip anak batu 7 biji sahaja & seterusnya Menaiki bas ke Mina
-Bermabit
-Melontar Jamrah ( Tahallul Awal)
Majlis ini akan dibimbing oleh Ust Dato Hj Nizam & Ust Hj Hasnil selaku pembimbing jemaah di tanah suci nanti. Kali ini dikendalikan oleh orang yang hebat yang bermuzakarah dengan Pihak Tabung Haji.

 

 

Untuk hari kedua pada jam 3 pagi jemaah dikejutkan untuk Qiamullail (Jemaah bepakaian biasa) berserta Solat Subuh dan seterusnya taklimat seperti Tawaf Haji, Sae’i Haji, Tahallul Thani dan Tawaf Wada yang dikendalikan oleh Ust Hj Mohd Hasnil Bin Abu Bakar. Seterusnya Majlis diteruskan dengan Solat Subuh yang diimamkan oleh urusetia kami dan tepat jam 6 setengah jemaah akan bersarapan pagi di ruang yang disediakan.

 

 

 

Jemaah diberi ruang untuk berehat kemudian diteruskan pula denagan Tazkirah & Motivasi pagi yang disampaikan oleh Ustaz Farid Abu Aulia mengenai haji.

 

 

 

Pada jam 8.45 pagi pihak mengadakan sesi taklimat perjalanan haji, ia akan menjadi salah satu jadual perjalanan yang sangat bermakna untuk jemaah haji Juara Travel untuk musim yang pertama ini. Slot ini dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Roslan selaku pengarah operasi haji ( Tanah Air ). Taklimat ini berkenaan Penerbangan Haji iaitu kumpulan pertama pada tarikh 27/7/2018 dan bagi kumpulan kedua ialah 15/8/2018 yang akan berangkat ke tanah suci. Seterusnya jemaah-jemaah haji diterapkan lagi mengenai persediaan mental dan fizikal bagi mengelakkan jemaah merasa kurang selesa dengan keadaan diluar sana (Tanah Suci). Seterusnya Ustaz Roslan membuat satu sesi soal jawab berkenaan perjalanan haji bersama jemaah-jemaah haji.

 

 

 

Setelah selesai membuat soal jawab bersama jemaah, Ustaz Roslan membuat kesimpulan bagi menggantikan ucapan daripada Pengarah Urusan Juara Travel & Tours iaitu Hj Mazlan Bin Mansor sebagai perasmian penutup majlis berserta mengangihkan kepada jemaah beg-beg bagasi untuk jemaah haji Juara Travel 2018 dan program kursus haji bersama Juara Travel berakhir disini.

 

 

 

Kami di pihak blog media Juara Travel mengucapkan selamat menunaikan haji kepada bakal-bakal jemaah haji Juara Travel. Semoga bakal jemaah haji kami dan semua jemaah haji di Malaysia mendapat haji yang mabrur dan dapat beristiqamah dengan amal-amal yang baik.

In Shaa Allah.. Segala Gambar Program Kami Cuba Upload dan Boleh menjadi Tatapan Semua.. Assalamualaikum.