TIPS SEBELUM ANDA MELANCONG ? JOM TENGOK…

TIPS SEBELUM ANDA MELANCONG ? JOM TENGOK…

07/09/2018 0 By admins

Assalamualaikum kepada semua.. sebelum anda buka atau baca blog kami.. Jom sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada semua samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

(1) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

(2) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (3) الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

(4) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (5) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (6) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

(7) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّين

Semoga dengan dengan bacaan Al fatihah itu tadi kita dapat menampung segala amal kebaikan yang kita lakukan. Jadi tanpa melengahkan masa dipersilakan untuk tuan-tuan dan puan-puan memcatat atau menggunakan tips yang kami sediakan sebelum tuan-tuan merancang sepenuhnya untuk melancong.

 

Sudah hampir sedekad lamanya, Malaysia antara salah sebuah destinasi pilihan para pelancong dari seluruh dunia. Sejak dari awal 1980an, sektor pelancongan kekal sehingga hari ini antara salah satu sektor penting dalam ekonomi negara.Terkesan dengan isu kehilangan kapal terbang MAS MH370, kehadiran pelancong terutama dari negara China turut berkurang. Akan tetapi ia sebenarnya telah membuka lembaran baru kepada kehadiran pelancong dari negara lain yang masih belum mengenali malaysia. Hampir setiap tahun, Malaysia giat mempromosikan serta memberikan tips melancong samada di dalam mahupun luar negara.

Tidak hanya dengan penubuhan pejabat-pejabat pelancongan di merata tempat, promosi samada dalam media cetak mahupun sosial sangat memberangsangkan. Dengan nama tema-tema tahunan yang menarik seperti ‘Visit Malaysia 2007’, “Cuti-Cuti Malaysia 2012”,  “Tahun Melawat Malaysia 2014” dan “Tahun Festival (MyFest) 2015” terus merancakan lagi indusri pelancongan di negara tercinta kita ini.

Dan yang terbaru, bagi menarik semula para pelancong dari negara China, kerajaan telah memansuhkan penggunaan visa kepada pelancong dari negara yang mempunyai populasi penduduk terbesar didunia ini. Dan secara tidak langsung, kehadiran pelancong dari luar negara berlaku secara kerap untuk mengunjungi Malaysia.

Tentukan Tempat Percutian

Menyenaraikan lokasi percutian yang ingin dituju. Buat senarai pendek, dan buat perbincangan bersama pasangan atau kumpulan tentang lokasi mana yang dianggap sesuai. Jika mahu bercuti ke Kedah, maka ketahui lokasi mana yang perlu dilawati. Katakan kita memilih Pulau Langkawi, maka percutian perlu difokuskan dalam satu-satu tempat sahaja.

Cuaca Dan Musim

Dalam menentukan lokasi percutian, pastikan bahawa kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika musim tengkujuh tiba, elakkan pergi melancong ke kawasan yang sering terdedah kepada banjir besar. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi jika kita memilih untuk bercuti di pantai, cuaca musim tengkujuh dianggap tidak sesuai. Untuk melancong kami menggalakkan anda membuat susunan tempat-tempat menarik mengikut tempoh menginap di sana. Contohnya, hari pertama aktiviti Underwater World dan Cable Car. Hari kedua Makam Mahsuri dan begitulah seterusnya. Perancangan ini nampak mudah, namun sangat membantu melancarkan hari percutian kita.

Merancang Perjalanan

Kepada anda yang ingin melancong boleh memilih untuk merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan awam ataupun kenderaan sendiri. Jika mahu menjimatkan masa, boleh menaiki kapal terbang. Jika mahu merasai keseronokkan melancong boleh menaiki Kereta, anda boleh menggunakan Kereta sendiri bagi menjimatkan kos. Bagaimanapun, kedua-duanya terpulang mengikut keselesaan masing-masing. Jika mahu menggunakan kenderaan sendiri, sila pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan sudah diservis.

Sediakan Wang Secukupnya

Jika mahu menikmati keseronokkan yang berganda, anda perlu bijak untuk menguruskan bajet. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja. Jika kita melakukan pengiraan sesuatu kos dengan lebih awal, secara tidak langsung kita dapat menguruskan wang dengan lebih baik. Bayangkan jika tidak menguruskan bajet dengan betul, sudah tentu wang akan dihabiskan belanja kepada perkara yang tidak berfaedah. Elakkan membawa wang tunai yang banyak ketika sedang bercuti.

Berkongsi

Berkongsi adalah satu tindakan yang bagus dalam memastikan penjimatan dalam melancong. Apabila anda menempah bilik semestinya lebih murah berbanding menempah dua atau tiga bilik berasingan. Di hotel atau dimana-mana penginapan anda boleh meminta bantal atau tilam, selimut atau bantal lebih. Dari segi pemakanan pula kepada anda yang ingin menjimatkan kos anda boleh membeli makanan secara set.

Tempahan Awal Penginapan / Pengangkutan

Bagi anda yang ingin melancong bolehlah memeriksa harga yang ditawarkan oleh pihak agensi pelancongan sekiranya anda melancong secara berkumpulan. Sekiranya anda melancong secara bagpax anda boleh menempah tiket lebih awal untuk percutian pada masa akan datang bagi mendapatkan harga yang murah. Dari segi penerbangan ada yang menawarkan tiket murah ketika promosi dan seeloknya anda sentiasa periksa promosi mereka setiap masa.

Penjimatan

Bagi penjimatan kepada semua pelancong yang ingin melancong samada dalam atau luar negara. Kami menyarankan kepada anda menginap di hotel mengikut kemampuan dan membeli barangan sekiranya perlu untuk membawa pulang bagi menjimatkan kos anda.

Tukaran Matawang

Jika anda melancong ke luar negara, elakkan menukar mata wang anda dalam saat akhir kerana setiap mata wang ada turun naik nilainya. Jadi sebelum melancong anda mesti membuat perancangan dan semak mengenai nilai tukaran mata wang semasa.

Peta

Zaman sekarang peta jarang digunakan oleh pelancong kerana wujudnya aplikasi seperti Google Maps, Waze dan sebagainya. Walaupun alat semakin moden, tetapi ada kelemahan di setiap sesuatu itu, jadi kepada anda sebagai pelancong kita perlu membuat “second plan” bagi memastikan kita tidak sesat apabila melancong ke dalam atau luar negara.

Beg Yang Sesuai

Sesetengah orang mempunya masalah ketika mahu mengemas pakaian ketika mahu bercuti. Pastinya kepada anda yang pertama kalinya untuk melancong ke destinasi-destinasi yang baharu mesti tidak tahu pakaian apa yang perlu dipakai ketika bercuti. Kalau hanya bercuti selama tiga hari dua malam, jangan pula dibawa pakaian memenuhi beg. Selain itu, elakkan membawa banyak barangan di mana kesudahannya anda tidak memerlukan ketika melancong. Barang-barang untuk membersihkan diri biasanya disediakan oleh pihak hotel. Elak membawa seluar atau baju yang tebal tetapi sebaiknya pakai siap jika anda melancong ke negara sejuk. Jika tidak, bawa baju nipis sudah mencukupi.

Peranti Gajet

Malang pastinya tidak berbau dan tak ada siapa yang tahu bila sesuatu musibah itu akan menimpa kita. Sebelum ditimpa musibah seperti kehilangan telefon bimbit ataupun kamera, lebih elok jika anda membuat backupsimpanan bagi gambar-gambar mahupun video sepanjang percutian. Google Translate bagaikan satu kemudahan magis yang perlu anda gunakan jika berada di luar negara. Lagi-lagi jika anda ke negara yang kebanyakan penduduknya tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris, pastinya ia menjadi aplikasi pilihan anda semasa bercuti. Bercuti sambil menenangkan fikiran pastinya merupakan satu terapi yang paling diimpikan oleh setiap individu yang sudah penat seharian berhempas pulas di tempat kerja. Jika anda jenis yang suka meluangkan masa dengan gajet ketika bercuti, pastikan anda memiliki laptop ataupun kamera yang mudah dibawa serta ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Headphone ataupun earphone pastinya menjadi peneman bagi anda yang sedang bercuti sambil menghabiskan masa melayari internet.

Cetak Slip Tempahan Dan Buat Salinan Tempahan

Mencetak semua dokumen tempahan sekiranya anda membeli secara online. Mungkin anda sudah menyimpan didalam handphone tetapi sekiranya handphone rosak, bateri habis dan lebih teruk kena rampas sewaktu di pintu masuk, bateri handphone habis dan peraturan imigresen negara luar masih mahu melihat tiket perjalanan anda. Jangan susahkan diri kita dengan sesuatu yang menjadi peraturan yang memang kita sepatutnya sudah tahu.

Menjaga Barangan Persendirian

Ketika anda berada di tempat awan seperti Lapangan Terbang, Mall, dan pusat-pusat kunjungan ramai, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita atau barangan penting tanpa sebarang pengawasan orang yang kita kenali. Dan Janganlah kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak anda kenali kerana jika ada barang terlarang, silap hari bulan anda dipenjarakan.

Losyen Pelembap

Losyen minyak zaitun sangat efektif dan sesuai kepada pengguna. Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk sebab ia sangat penting tidak mengira jantina. Sekiranya anda tidak memakai losyen ketika anda diluar negara risikonya kulit rasa gatal-gatal, merah-merah dan membuatkan kita rasa tidak selesa.

Guna Simkad Negara Yang Kita Lawati

Bagi penjimatan roaming kami menyarankan kepada anda untuk guna simkad yang dijual negara tersebut. Kos roaming agak mahal disebabkan jarak dan juga talian yang berbeza. Sekiranya anda tidak menggunakan simkad negara yang anda lawati, jangan terperanjat sekiranya bill yang sampai dicaj tinggi walaupun berada di luar negara tidak sampai seminggu.

Pemeriksaan Visa Dan Passport

Memeriksa passport anda sebelum melancong sekiranya tarikhnya telah tamat. Anda boleh perbaharui passport di pejabat imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan perbaharui saa-saat akhir sebelum melancong kerana kadangkala jika tidak bernasib baik kita tidak dapat nombor atau sistem pengurusan pejabat imigresen tidak dapat berfungsi. Untuk perbaharui passport anda boleh mencari UTC yang berhampiran dengan anda. Bagi pemeriksaan visa pula, tempoh sah laku juga perlu dilihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa ketika anda memohon.

Hadir Awal Ke Lapangan Terbang

Kepada anda yang melancong menaiki kapal terbang mesti datang awal sekurang-kurangnya dua jam sebelum pelepasan. Ini bagi mengelakkan kejadian yang berlaku seperti jalan sesak, kerosakan kenderaan atau terlepas teksi dan sebagainya. Bak kata pepatah alang tidak berbaur, jadi kepada anda sebaiknya rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya anda tidak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.

Ejen Yang Dipercayai

Sekiranya anda mengambil pelancongan berpakej, pastikan ejen atau travel agensi itu ada no syarikat dan berlesen dari segi industri pelancongan dan berpengalaman. Seterusnya anda perlu menyimpan segala borang dan salinan yang diberikan oleh pihak agensi bagi memastikan diri anda dipihak yang benar sekiranya berlaku penipuan ejen. Untuk pakej yang menarik dan yang sesuai dengan bajet anda ? anda boleh mengambil pakej dengan kami dengan menghubungi kami atau boleh tekan saja Juara Travel, senang, mudah dan menjimatkan masa.

so, setakat ini sahaja perkongsian dari kami, jadi kepada anda yang ada yang mempunyai tips yang sesuai boleh share dengan kami melalui komen dibawah. Segala yang baik dari segi idea mahupun penulisan itu adalah dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan pihak blogger kami sendiri. Apapun terima kasih kepada anda yang sudah membaca dan menjadikan kami sebagai rujukan sebelum anda keluar untuk melancong. Assalamualaikum..