SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN VISA UMRAH

SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN VISA UMRAH

07/04/2018 0 By admins
SYARAT BARU BAGI JEMAAH PEREMPUAN
Terdapat beberapa aspek yang menjadi syarat baru oleh Arab Saudi, dimana Mulai 2013 Kerajaan Arab Saudi telah mengetatkan peraturan baru iaitu, jemaah perempuan yang berumur 45 tahun ke bawah dan jemaah lelaki yang berusia kurang dari 18 tahun yang ingin mengerjakan umrah tetapi tidak mempunyai mahram yang sah tidak akan mendapat visa. Hal ini telah disahkan ramai dimana mereka tidak dapat pergi kerana Kedutaan Arab Saudi telah menolak permohonan visa berikutan penguatkuasaan undang-undang baru ini.
CONFIRMKAN DENGAN TRAVEL AGENT MASING-MASING NANTI TENTANG HAL INI.
PASTIKAN JUGA KORANG MEMPUNYAI MAHRAM SEPERTI DALAM CATATAN BERIKUT:
PERATURAN PERMOHONAN VISA
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.
 
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-
1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung – surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa
 
AMBIL PERHATIAN  DAN SILA ALERT DENGAN SAUDARA MARA KAWAN-KAWAN YANG BERHAJAT PERGI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MAHRAM.
Kepada semua yang permohonan visa ditolak dan hajat untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian, jangan bersedih lama2 ya. Sentiasa yakin pada Allah yang perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
DISINI KAMI SEDIAKAN KEPADA ANDA UNTUK SEMAKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT VISA BAGI JEMAAH PEREMPUAN.

Visa adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh suatu negara melalui salah satu perwakilannya seperti Travel Agensi, dokumen disitu tertulis keizinan  seseorang membolehkan seseorang masuk ke dalam negara tersebut dengan kelulusan kedutaan. Yang mana dilakukan dalam jangka waktu yang disesuaikan dan dengan tujuan yang telah ditentukan.

Fungsi Visa adalah sebagai dokumen kelulusan perjalanan ke suatu negara yang memerlukan visa. Dimana dokumen ini diperlihatkan saat anda masuk ke negara melalu pintu masuk imigrasen seperti pintu pelabuhan udara, laut dan juga darat.

Syarat dibawah untuk melakukan visa untuk menunaikan umrah: