); ga('send', 'pageview');
سَيِّدُالأيَّام

سَيِّدُالأيَّام

06/29/2018 0 By admins

Assalamualaikum kepada anda semua penulis-penulis serta pembaca-pembaca blogger, hari ini hari yang digelar “sayyidul ayyam” hari yang menjadi penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang penuh barakah. Hari ini blog juara memaparkan suatu kehebatan atau suatu keunggulan penghulu hari, hari yang dikatakan Nabi Adam diciptakan, hari yang ulama berpendapat hari berlakunya kiamat. Kali ini info kehebatan mengenai “Keunggulan Penghulu Hari”, jom sama-sama memahami dan menghayati apa yang diperkatakan dalam artikel dan mengambil ibrar serta tauladan dari artikel ini.

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Bagi anda yang mempunyai bisnes, anda boleh memanfaatkan hari Jumaat ini dengan perkara-perkara yang baik. Perkara-perkara yang boleh dijadikan sebab untuk anda berjaya di dalam dunia bisnes anda. Kami akan kongsikan beberapa adab yang anda boleh ikut untuk melakukan ibadah pada hari Jumaat.

 

Banyakkan Berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

BERSELAWAT kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah mulia dan terpuji. Ia mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

Dengan kelebihan tersebut, ramai para sahabat dan ulama zaman dahulu mengambil inisiatif untuk membukukan bacaan selawat, doa dan puji-pujian kepada baginda SAW. Usaha itu bukan hanya untuk manfaat diri mereka sahaja tetapi bagi memudahkan umat Islam membaca dan mengingati bacaan tersebut walau berada di mana sahaja. Antara mereka adalah ulama sufi tersohor, Imam al-Jazuli. Ulama berketurunan Imam Hassan Ali, cucu kepada Nabi Muhammad SAW itu telah mengarang kitab Dala`il al-Khayrat yang dianggap karya seni agung dan digunakan sehingga ke hari ini.Gubahan selawat ini telah menjadi sebuah kitab doa yang penting di tanah airnya, Maghribi dan tersebar di seluruh pelosok dunia Islam serta dianggap sebagai sumber utama kepada selawat ke atas Rasulullah SAW.

 

Antaranya, mampu memperoleh ganjaran besar daripada Allah SWT di hari akhirat kelak.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya,”

(Surah Al-Ahzab: 56)

 

Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة


Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.

(HR Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, No. 6208)

 

Para sahabat berkata :

“Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?” Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”

(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

 

Perkara sunnah yang boleh dilakukan oleh umat islam pada hari jumaat :

Mandi Jumaat.

Allah SWT tidak menjadikan sesuatu hari yang besar itu tanpa sebarang amalan khusus yang dapat menambahkan lagi ganjaran pahala kepada hambaNya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Di Malaysia menjadi kebiasaan mandi pada setiap hari tidak terkecuali juga pada hari Jumaat. Kita mandi mempersiapkan diri untuk keluar rumah mencari rezeki atau kalau bukan pada waktu pagi, kita akan mandi bila pulang ke rumah bagi membersihkan kotoran badan. Mandi dengan niat membersihkan badan mendapat pahala di sisi Allah. Mandi sunat hari Jumaat adalah amalan khusus untuk hari Jumaat. Dengan mandi sunat hari Jumaat, kita akan mendapat ganjaran yang lebih berbanding dengan mandi biasa.

Apa yang dimaksudkan dengan mandi biasa? Mandi biasa, sebagaimana disebut tadi adalah mandi untuk membersihkan badan dari kotoran tetapi tidak diniatkan khusus dengan amalan mandi sunat tertentu seperti yang disyariatkan oleh Agama kita.Antara amalan mandi sunat khusus ialah mandi sunat hari Raya Aidil (Eidul) Fitri dan mandi sunat Hari Raya Aidil Adha. Walaupun kita rasa badan kita sudah bersih dengan mandi biasa, tetapi ia tetap tidak akan menyamai mandi khusus seperti mandi sunat hari Jumaat.

 

Mengikut Abu Sa’id Al-Khudri, hukum mandi Jumaat adalah wajib bagi lelaki-lelaki yang baligh. Tidak wajib bagi kanak-kanak, wanita, orang sakit dan musafir. Digalakkan untuk mandi Jumaat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.

Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”

(Shahih HR. Bukhori dan Muslim).

 

Menyapu minyak wangi.

Perkara penting berkaitan dengan wangian, kita disunatkan untuk mengguna wangian pada semua perkara. Baginda teliti tentang wangian. Begitu teliti! Sentiasa mengguna wangian. Menggunakan ketika berumrah, menggunakannya ketika menunaikan solat, menggunakannya ketika ingin menghadiri majlis keramaian, juga menggunakannya pada hari Raya. Maka sunat bagi kita mengguna wangian ketika bersolat. Sunat menggunakannya ketika hadiri sebarang pertemuan. Sunat si isteri sapu wangian kepada suaminya. Begitu juga si suami kepada isterinya. Wangian ialah sunnah yang sentiasa diamalkan. Maksudnya seorang disunatkan sentiasa menggunakan wangian. Berlebihan dalam mengguna wangian tidak mengapa. Sunnah wangian ialah sunnah yang indah, baginda yang paling banyak menggunakan wangian. Jika seseorang ingin mencontohi Nabi S.A.W, merasai dan menghayati bahawa sunnah ini menghubungkan dia dengan Nabi S.A.W. Dia merasai bahawa pada dirinya sesuatu yang disukai oelah Rasulullah S.A.W. Tak syak lagi, apa yang disukai oelah Rasulullah juga disukai oleh Allah S.W.T. Saya kini dalam keadaan berbau harum merasai Allah S.W.T menyukai akan wangian tersebut dan Rasulullah S.A.W menyukainya kerana memahami dan menghaya

Nabi S.A.W. bersabda :

“Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.”

(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

 

Segera berangkat ke masjid.

Jika anda mendengar azan pertama yang berkumandang di masjid, itu tandanya panggilan untuk anda datang ke masjid. Sekiranya anda sedang bekerja atau berniaga, anda perlu meninggalkan pekerjaan anda sebentar dan ke masjid untuk solat Jumaat dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam masjid.

Satu hadis ingin dikongsikan kepada pembaca kenapa perlu bersegera ke masjid untuk Solat Jumaat. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

 

“Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam. Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu).”

(HR Muslim No: 1403)

Dan anda digalakkan untuk tidur selepas solat Jumaat kerana itu adalah Sunnah baginda.

 

Solat sunat ketika menunggu imam dan khatib.

Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid. Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.

Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat. Ketika menunggu Imam dan khatib juga, anda digalakkan untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat dua rakaat.

Abu Hurairah r.a. menuturkan bahwa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,

“Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu dia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”

(Shahih HR. Muslim)

 

Tujuan

1.  Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.

2.  Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.

3.  Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di ma

 

 

Solat sunat setelah solat Jumaat.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W. menggalakkan bagi sesiapa yang solat jumaat untuk solat sunat 4 rakaat selepas solat jumaat. Tetapi, jika anda dalam keadaan tergesa-gesa untuk perkara-perkara lain, anda boleh melaksanakan 2 rakaat sahaja. Lagi 2 rakaat, anda boleh solat ketika di rumah atau di tempat kerja. Ini berdasarkan beberapa hadis,

Rasulullah S.A.W. bersabda yang artinya,

“Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”

(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

 

 

Membaca Al-Kahfi.

Betapa banyak orang lalai dari amalan yang satu ini ketika malam Jumaat atau hari Jumaat, yaitu membaca surat Al Kahfi. Atau mungkin sebagian orang belum mengetahui amalan ini. Padahal membaca surat Al Kahfi adalah suatu yang dianjurkan (mustahab) di hari Jumaat kerana pahala yang begitu besar sebagaimana berita yang dikhabarkan oleh orang yang benar dan membawa ajaran yang benar yaitu Nabi Muhammad s.a.w. Hadis membicarakan hal ini kami bawakan sebahagian pada posting yang singkat ini.

Surah Al-Kahfi sangat digalakkan untuk dibaca pada hari jumaat. Bagi sesiapa yang mengamalkan bacaan Al-Kahfi pada setiap hari jumaat, maka mereka dapat menghindar daripada fitnah Dajjal pada hari kiamat kelak.

 

Selain itu, terdapat fadhilat lain jika membaca Al-Kahfi seperti:

 

Hadis pertama:

 

hadis yang diriwayatkan oleh baginda, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang ertinya,

“Barang siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”

(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau mensahihkannya)

 

Hadis kedua:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.

(HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)

 

Hadits ketiga:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.”

(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)

Semoga tips-tips yang kami berikan bermanfaat untuk semua pembaca. Selamat beramal dan salam Jumaat kepada semua!

 

 

Dalil Hadis

 

Rasulullah bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Setelah imam naik ke mimbar, malaikat akan menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi

Hari Jumaat juga Allah S.A.W mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

 

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

(Hadis riwayat Tirmidzi).

 

Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Disamping itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Kita ialah umat Nabi Muhammad adalah yang terakhir tetapi yang terdahulu diadili pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini jumaat adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

 

Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan kepada anda mengenai kehebatan hari jumaat yang dikatakan sayyidul ayyam. Segala informasi yang dikongsi dapat kita amalkan dengan baik dan tertib mengikut sunnah baginda s.a.w serta sebelum berakhir anda membaca artikel ini, kami memohon maaf serta khilaf yang kami paparkan kurang mendapat keyakinan dari pihak pembaca. Setiap orang lain pendapatnya, dan kepada anda yang ingin berkongsi atau ingin memberi komen, boleh komen dibawah dan artikel yang terbaik adalah ilmu dari Allah dan yang kurang baik adalah kekurangan dari pihak kami sendiri. In Shaa Allah pembaca-pembaca boleh komen dibawah, Assalamualaikum w.b.t

 

Langkau ke Bar Alatan