FADHILAT PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

FADHILAT PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

06/26/2018 0 By admins

Assalamualaikum semua kepada pembaca yang dikasihi dan di sayangi, semoga sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah selalu. Hari ini kami akan sharekan kepada anda Fadhilat Puasa Enam Di Bulan Syawal kepada hambanya yang sangat-sangat kerdil ini apabila berpuasa. Perkataan puasa adalah mudah dan cara melakukannya juga cukup-cukup mudah yakni dalam taarifnya ( صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai “menahan diri”. Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat”. Jadi tidak perlu untuk kami huraikan lebih panjang mengenai puasa, tuan-tuan boleh membaca dengan lebih khusyuk dan dapat beramal dengan tenang dan tuan-tuan dan puan-puan boleh komen sebagai penambahbaikan dalam cetakan kami.

 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun”.

Dalam hadis riwayat daripada Abu Ayyub Al-Ansari itu juga menyebut,

“puasa enam pahalanya sama seperti puasa penuh setahun, namun dengan syarat kita telah melengkapkan puasa sebulan Ramadan terlebih dahulu”.

 

1. Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa wajib bulan Ramadan. Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardhu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

 

2. Melatih manusia supaya tidak melupakan puasa-puasa sunat yang lain. Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

 

3. Dapat menyediakan sistem pencernaan yang lebih sempurna buat diri kita. Setelah satu bulan sistem pencernaan kita berehat pada siang hari, kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan pula apabila disajikan dengan pelbagai juadah yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti lemang, ketupat dan rendang.

 

Maka puasa enam ini memberi peluang kepada sistem pencernaan yang telah direhatikan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur. Bukankah setiap amalan yang disunatkan itu mempunyai kemanisannya tersendiri, jadi apa tunggu lagi raihlah ganjarannya dengan melakukan puasa enam pada tahun ini. Jom sama-sama kita berkongsi kepada ahli keluarga tercinta serta sahabat-sahabat muslim bagi membantu menambahkan ilmu serta beramal dengan artikel ini. Semoga berjumpa lagi . Jazakkallahu khairan kathiran, Assalamualaikum w.b.t

 

SEMOGA MENJADI SALAH SATU PERJUANGAN KEPADA PEMBACA UNTUK SELALU SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T