Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

06/12/2018 0 By admins

Ketika ramdhan yang mulia datang, kaum muslimin yang menyambutnya dengan hati yang terbuka minda yang lapang bagi merealisasikan impian seorang muslim yang sejati dan ketika ramadhan hendak beransur pergi meninggalkan kita, hari menjadi suram, kesedihan yang  bakal menyelimuti hati kerana sedih disebabkan ramadhan akan berlalu pergi dan segala keutamaanya akan berakhir dan belum tentu bagi kita untuk menemuinya kembali pada tahun-tahun yang akan datang kerana soal jodoh pertemuan, ajal dan maut kembali kepada Allah s.w.t.

 

Walaubagaimanapun, setelah melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan selama sebulan penuh, kaum muslimin juga bergembira maka pada tanggal 1 syawal umat islam di seluruh dunia merayakan aidilfitri. Kegembiraan ini menjadikan suasana begitu meriah kerana umat islam di bolehkan kembali untuk menatapi makan dan minum pada siang hari serta kembalinya umat islam kepada kesucian dirinya, dalam arti kita tidak punya dosa kerana telah diampuni oleh Allah s.w.t, apatah lagi kedatangan 1 syawal disambut dengan ucapan takbir, tahmid dan tahlil.

 

Namun walaupun demikian alangkah baik kita sesama umat islam bersilaturrahim dan saling bermaaf maafan baik secara langsung atau secara tidak langsung. Di zaman moden kini juga, kad ucapan boleh dihantar melalui pelbagai media sosial tidak kiralah melalui facebook, instagram ataupun whatsapp. Jadi akhir sekali, kepada anda yang ingin beraya atau ingin pulang ke kampung, hati-hati kami ucapkan dan ingatlah orang yang tersayang dan akhir kalam dari kami kepada anda, kami warga Juara Travel & Tour ingin memberi serangkap pantun kepada pembaca-pembaca:

Tiba kita di musim perayaan,

Ramai juga yang shopping sakan,

Salam lebaran juara ucapan,

Di hari raya saling bermaafan.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

(Warga Juara Travel & Tours Sdn Bhd)