Percutian Bajet, Tapi Menarik

Percutian Bajet, Tapi Menarik

05/28/2018 0 By admins

Bagi mereka yang menjadikan percutian ini ialah percutian yang ringkas dan mudah. Kami menyarankan kepada anda yang ingin bercuti dengan cara bajet tapi menarik ini, anda perlu membuat beberapa persediaan bagi mengelakkan beberapa perkara kurang baik yang melibatkan kos. Jadi disini kami menampilkan kepada anda beberapa aspek yang boleh menjimatkan kos anda sewaktu bercuti secara berkumpulan.

Menggunakan Kenderaan Awam

Menggunakan kenderaan awam ini sangat membantu kepada anda yang ingin bercuti secara bajet sebagai contoh menaiki bas, dengan menaiki bas anda boleh melihat pemandangan dengan lebih fokus dan terperinci serta dapat merehatkan minda kerana anda sebagai penumpang. Berbeza sekiranya anda sebagai seorang pemandu, anda akan fokus untuk membawa penumpang dengan selamat ke destinasi mereka. Selain itu, kepada anda yang ingin bercuti secara bajet dengan menaiki kenderaan awam, anda tidak perlu menanggung kos mengenai tol, minyak, serta kerosakan yang berlaku sekiranya berlaku apa-apa kerosakan. Dengan itu, kepada anda yang mana ingin melancong secara bajet tapi menarik bolehlah menggunakan perkhidmatan awam bagi menjimatkan kos.

Mengunjungi Restoran yang Menyediakan Makanan Berset

Kepada anda yang ingin menjimatkan kos dari segi makan dan minum, anda boleh menggunakan teknik berkongsi dengan memesan makanan berset, banyak restoran yang menyediakan set lunch yang lengkap dengan air. Jadi anda dapat jimat daripada membeli secara bufet. Selain itu, kepada anak-anak anda, sesetengah restoran ada juga yang menawarkan promosi “kids eat free” apabila membeli set hidangan yang disediakan. Anda boleh juga membeli makanan yang mempunyai khasiat karbohidrat dan kanji yang tinggi, dengan khasiat ini anda akan rasa kenyang dan dapat menjimatkan perbelanjaan dari segi pemakanan.

Tinggal di Homestay

Di zaman sekarang banyak aplikasi yang dapat mencari hotel-hotel murah, hotel-hotel bajet serta homestay yang selesa. Tetapi kali ini bagi membuatkan percutian murah serta menarik, anda boleh menyewa homestay kerana ianya murah dan mempunyai kelengkapan dari luar hingga ke dalam rumah. Selain itu, ia bukan sahaja besar dan selesa, tetapi terasa seperti tinggal di rumah sendiri, malahan harga sewanya juga lebih murah berbanding hotel. Biasanya homestay turut menyediakan dapur lengkap dengan tong gas untuk memudahkan anda memasak hidangan. Manakala berbeza dengan hotel, kebiasaanya hotel hanya menyewa bilik semata-semata dan sekiranya “full set” kebiasaanya hampir mencecah Rm500- Rm1500 untuk “full set”.

Membekal Makanan Sendiri

Sebelum memulakan perjalanan, digalakkan bawa makanan yang disediakan di rumah. Ia boleh dimakan semasa perjalanan sekiranya anda lapar ketika dalam perjalanan. Selain itu, kelebihan kepada sesiapa yang membekalkan makanan sendiri ini dapat menjimatkan kos dari segi pembelian makanan di kedai-kedai, gerai-gerai atau kios-kios di tepi jalan sebagai contoh  setiap kali anda berhenti di mana-mana perhentian R&R ataupun stesen, anda juga boleh keluarkan makanan yang dibawa dan makan beramai-ramai. Manakala kepada yang mempunyai penyakit seperti gastrik ini, dapat merawat lebih awal.

 

Melakukan Aktiviti yang Tidak Memerlukan Belanja yang Banyak

Bagi mereka yang ingin bercuti sudah semestinya banyak hotel dan tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka terutamanya kanak-kanak. Jadi, kepada anda yang ingin mengikuti percutian mengikut pakej-pakej yang ditawarkan, dapatkan info dahulu tentang aktiviti yang ditawarkan dan jika ada festival yang diraikan. Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak anda dapat berjimat. Kalau tak, anda pun boleh buat aktiviti sendiri di pantai, kolam renang, taman, tasik, atau rumah opah. Contohnya berbasikal, lumba renang, tarik tali, atau memasak bersama seisi keluarga. Ia dapat lagi menjimatkan masa anda bersama keluarga serta dapat menjimatkan kos yang yang dihadkan untuk bercuti.

 

Rancang Waktu

Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Di waktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga di hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya di penghujung tahun. Perlu rancang trip anda agar tidak bertembung dengan waktu jammed di jalan raya. Sekurang-kurangnya anda dapat jimat penggunaan minyak. Jika anda naik kereta api atau kapal terbang misalnya, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan perlu pula keluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi.