Proses Pendaftran Umrah

Proses Pendaftran Umrah

05/24/2018 0 By admins

Proses pendaftaran umrah

Passport

  • Passport mesti diserahkan kepada pihak travel agent untuk bagi meluluskan dokumen-dokumen semakan untuk kedutaan Arab Saudi dan passport hendaklah original dan sah 6 bulan dari tarikh jemaah pergi umrah.

 

4 keping gambar

  • Gambar hendaklah “background putih” dan bagi lelaki tidak dibenarkan berkopiah semasa bergambar manakala kepada wanita mesti memakai tudung yang warna gelap.

Buku Suntikan

  • Buku suntikan bertujuan untuk ketahanan diri dengan keadaan ataupun cuaca di Tanah Suci. Boleh dapatkan di klinik-klinik swasta dalam harga Rm120-Rm150 untuk sekali suntikan. Tanpa buku suntikan jemaah tidak akan dapat kelulusan visa dan bila sampai anda tidak masuk ke Jeddah.

Dokumen Pengesahan

  • Sekiranya jemaah wanita pergi dengan suami perlu ada salinan sijil nikah yang disahkan oleh jabatan agama.
  • Sekiranya jemaah lelaki membawa ibu sebagai mahram perlu ada salinan sijil lahir yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Sekiranya adik beradik lelaki dan perempuan juga perlu ada salinan sijil lahir yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Sekiranya suami isteri yang berumur 45 tahun keatas dan bawa anak juga perlu ada salinan sijil nikah yang disahkan oleh jabatan agama.

*Penerangan dokumen pengesahan diatas ialah secara ringkas, untuk lebih detail boleh hubungi ejen anda atau boleh tekan klik pada syarat-syarat permohonan visa*

Maklumat Waris

  • Maklumat waris di malaysia seperti salinan ic jemaah , no tel, dan alamat waris yang terdekat sekiranya berlaku kecemasan di tanah suci. Sekiranya jemaah tidak memberi maklumat kepada pihak agensi, ia akan melambatkan proses pemberitahuan mengenai jemaah kepada waris di malaysia.