Persiapan Untuk Menunaikan Umrah

Persiapan Untuk Menunaikan Umrah

05/24/2018 0 By admins

Solat Hajat

  • Perbanyakkan untuk melakukan solat hajat supaya diberi kesihatan, kecerdasan, kefahaman, keyakinan dan paling penting permudahkan segala urusan kita supaya dapat melakukan umrah dengan sempurna. Solat hajat adalah cara yang terbaik dilakukan terutama untuk kita yang ingin melakukan umrah.

Berdoa

  • Berdoa kepada Allah permudahkan segala urusan kita dan hapuskan segala dosa-dosa lampau kita. Berdoa supaya selamatkan keluarga dan harta kita sebelum dan selepas kita mengunjungi baitullahilharam.

Solat Taubat

  • Perbanyakkan untuk melakukan solat taubat kerana kita sebagai manusia tidak akan lari melakukan maksiat, kita semestinya nak kita pergi dalam keadaan hati kita bersih dan mudah-mudahan allah ampunkan dosa kita sebelum pergi ke tanah suci. Dengan itu, mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan kita ke tanah suci.

Fahami Perjalanan Umrah

  • Kita perlu tahu perjalanan umrah dengan dari awal sampai akhir bagi dari segi doa melakukan umrah, bacaan sewaktu umrah, apa itu syarat wajib, apa syarat sah, apa rukun umrah, apa wajib dan sebagainya. Semua ini kita perlu tahu sebelum menunaikan umrah, dan untuk mendapatkan maklumat umrah bolehlah mengikuti kursus umrah atau ceramah mengenai umrah di masjid-masjid berdekatan.

Rancang Ibadah

  • Kepada jemaah ini yang perlu dititik beratkan ibadah apa yang ingin dilakukan di makah, dan ibadah apa yang ingin dilakukan di madinah. kita tidak mahu jemaah terlalu kusyuk membeli belah disana dan kurang untuk melakukan ibadah dan ini menyebabkan kerugian kepada jemaah itu sendiri.

Memohon Maaf

  • Memohon maaf kepada keluarga, sahabat handai dan orang sekeliling. Tujuan untuk memohon maaf adalah untuk menenangkan serta melegakan kita untuk melakukan ibadah dengan lebih tawadhuk dan kusyuk.