Jejak Perjalanan Umrah

Jejak Perjalanan Umrah

05/24/2018 0 By admins

Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah adalah fardhu seperti Haji dari pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Umrah sebenarnya sangat mudah dilakukan dan sebenarnya hanya mengambil masa sehari. Selain itu, untuk penerbangan pihak JUARA TRAVEL menggunakan penerbangan Etihad Airways, Oman Air atau Saudi Airlines bagi keselesaan jemaah serta mutawif kami.

Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu berlepas di Aras 5. Penerbangan dijangka akan bertolak dengan pesawat dan terus ke Madinah. Setelah pesawat tiba di madinah, jemaah akan disambut oleh wakil JUARA (Staf Madinah) yang menunggu di lapangan terbang. Kemudian setelah urusan formaliti di lapangan terbang selesai, wakil JUARA akan mengumpulkan jemaah di satu tempat supaya senang untuk bergerak untuk bertolak ke Kota Madinah dengan menaiki bas. Setelah tiba di Kota Madinah, jemaah akan terus mendaftar masuk ke hotel dan berehat.

Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi (bahagian dalaman) Masjid Nabawi:

  • Makam Rasulullah
  • Makam Khalifah Abu Bakar
  • Makam Sayidinna Umar
  • Raudhah
  • Perkuburan Baqi’ (bagi lawatan wanita berasingan).

Seterusnya jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) kawasan di sekitar Madinah seperti:

  • Masjid Quba
  • Jabal-Uhud
  • Masjid Dua Kiblat
  • Medan Perang Khandak
  • Pasar Tamar (Berbelanja)

Selepas selesai aktiviti lawatan di Madinah, jemaah akan berangkat ke Makkah Al-Mukarramah selepas solat zohor, dengan berihram dan bermiqat di Bir Ali sebelum ke Makkah. Dalam perjalanan ke Masjidilharam jemaah akan berzikir bertasbih bertahmid bagi meraih pahala Allah s.w.t. Setibanya di Makkah, jemaah akan dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan menyempurnakan ibadah umrah yang pertama.

Untuk hari seterusnya jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Makkah seperti:

  • Jabal Nur
  • Jabal Thur
  • Arafah
  • Muzdalifah
  • Mina

Setelah selesai melawat kawasan bersejarah di sekitar makkah pihak JUARA akan membawa jemaah ke tempat Miqat yakni untuk berniat umrah di Jaaranah. Jemaah akan berniat ihram disini dan akan terus ke Masjidilharam untuk melakukan umrah kedua.

Untuk umrah ketiga jemaah akan dibawa melawat ke Muzium Kaabah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa), dan akhirnya berniat umrah di Hudaibiyah. Selain itu, pihak JUARA juga membuat satu majlis di kaki Bukit Jabal Nur iaitu majlis Silaturrahim bagi meraikan atau penghargaan kepada semua jemaah yang hadir ke tanah suci.

Selepas sembahyang subuh, jemaah akan melakukan Tawaf Wada’ (tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat dan dijangka tiba di ke Kuala Lumpur.

 

Untuk melihat jadual perjalanan dengan lebih detail

Anda boleh buka link: www.juaratravel.com.my