Tempat Menarik Uzbekistan

Tempat Menarik Uzbekistan

05/04/2018 0 By admins

UZBEKISTAN

Dalam bahasa Uzbekistan, negara ini disebut sebagai O’zbekistan. Uzbekistan sebuah negara tanpa pantai dan terletak di Asia Tengah. Berkeluasan 448,900 km persegi dan ia memanjang sejauh 1,425 km dari barat ke timur dan 930 km dari utara ke selatan. Mungkin kalangan kaki melancong jarang memilih destinasi ini kerana ramai yang tertarik dengan keindahan negara Eropah. Namun lapan hari di bumi Anbia ini nyata memberi pengalaman cukup berbeza buat pengunjung.

Pada 1991, negara ini bebas sepenuhnya daripada penjajahan dan mencapai kemerdekaan. Sebenarnya banyak tempat menarik boleh dilawati tatkala memilih Uzbekistan sebagai destinasi pelancongan. Merupakan negara ke-56 terbesar di dunia selepas Sweden dan terbesar di Asia Tengah. Malah negara ini juga bersempadanan dengan beberapa negara iaitu Afghanistan, Iran dan Kazakhstan.

Tashken

Selepas 23 tahun merdeka tiga bandar utama negara ini Tashkent, Samarkand dan Bukhara Samarkand melalui perubahan ketara. Kalau dulu Masjid Iman Bukhari masih di kelilingi tanah merah kini semuanya dihias indah dan tersusun rapi.

Tashkent juga dipenuhi dengan pusat pentadbiran negara, universiti dan pusat perdagangan. Tashkent terkenal dengan sungai jernih dari pergunungan yang mengalir di tengah kota. Di tempat ini juga mempunyai sebuah taman riadah dan muzium bagi mengenang peristiwa pembunuhan beramai-ramai para saintis terkemuka ketika jajahan Rusia dahulu.

Peristiwa pahit ini masih terasa bagi penggiat seni di sana. walaubagaimanapun masih ada tempat istimewa yang boleh pelancong jelajahi misalnya ke Pusat Islam terletak di bandar lamanya. Kawasan yang meliputi lapan buah bangunan  dengan menempatkan pelbagai kisah sejarah silam terutama mengenai Islam selain itu juga terdapat sebuah masjid tersergam indah selain komplek kraf yang dijadikan pusat pengajian kraf untuk generasi muda mereka.

Samarkand dan Bukhara

Samarkand dan Bukhara adalah sebuah kota lama di dunia dan kebanyakan daripada bangunannya diwartakan sebagai bangunan sejarah. Dua bandar ini penuh sejarah dan kota-kota lama selain istana peninggalan pemerintahan zaman silam dahulu.

Mahu diceritakan satu persatu masjid dan makam memang banyak tetapi yang menarik ada antaranya begitu unik. Ia menjadi mercu tanda kepada setiap bangunan sejarah di sini termasuklah pintu gerbang yang didirikan. Di Bukhara terletaknya Masjid Imam Bukhari yang kemudian berhijrah ke Samarkand dan meninggal di sana. Di sini juga terlalu banyak makam pembesar dan ulamak yang dikatakan unik disebabkan pertukaran warna mengikut sinaran matahari melainkan istana besar terletak di atas bukit. Sebahagian daripada masjid dan madrasah ini dijadikan kolej untuk kajian pelajar universiti selain kolej melahirkan imam muda.

Di sini juga pelancong berpeluang melawat makam sepupu Rasulullah, Kusam Ibn Abbas yang datang ke sana menyebarkan agama Islam. Kesemua sejarah ini merungkaikan betapa hebatnya pejuang agama dan sasterawan negara mereka. Uzbekistan sebenarnya negara yang paling indah dan seronok diterokai kerana keindahan alam semula jadi selain sejarah yang tercatat di sana. Negara empat musim ini mempunyai keindahan tersendiri. Menurut rakan di sana paling cantik mengunjungi mereka ketika musim bunga sekitar March hingga Mei. Musim sejuk di sini dikatakan terlalu sejuk.